Ada hantu dalam asrama

ok kali ni aku nak share satu citer seram. takde ah seram sangat. tapi kalau alami betul betul seram gak ah. biasa aar, seram macam mana pun macho kena kontrol. buat buat lah kata ala tak seram pun padahal dalam seluar dah basah. toksah tipu la.



citer ni berlaku masa aku study dulu. aku ni nak kata kuat belaja tak ah sangat. tapi kalau nak kata aku buat keja last minit tu aku terima ah. biasalah, student kalau hantar keja last minit tu memang standard ar. mula-mula rileks pastu baru gelabah nak siapkan. tu aku lah tu.



memula aku nak letak gambar hantu. tapi search punya search aku lak naik seram. tepek jelah gamba ni.



dipendekkan citer. aku stay up malam tu. nak kasi thrill lagi citer ni, malam tu malam jumaat. eh betul ah. so aku nak siapkan keja tu malam tu gak ah sebab jumaat nak antar kat Prof yang kedekut markah tu. (sempat lagi kutuk lecturer..ada ke patut) so aku memang nak antar sok gak sebab jumaat biasalah aku nak balik kampung. rindu ayam itik bagai kat kampung tu. 



aku tengok jam masa tu dah pukul 11 malam. malam masih muda lagi. aku buat air Pearl Cafe Kacip Fatimah. kasi segar sikit mata. bukan niat nak rapat-rapat bagai. lepas tu, aku sambung buat keja. sampai lah pukul 3.30 pagi. roommate aku pun dah tidur siap kentut kentut lagi dalam selimut apa hal kan? gasak lah. jangan busuk sudah. aku pindah bilik warden kang. 



tiba tiba ada orang ketuk pintu. aku buat muka toye jela bukak pintu. oo..minah ni rupanya. nama dia kitorang panggil dak betty sebab dia comel macam betty yang pakai spek tu.


"hah apesal ko datang bilik aku pagi pagi buta ni?"
"kak, saya nak pinjam buku Business Law leh tak? Nak buat reference"
"takleh ke tunggu sok? nah amik ni. Jangan komotkan lak. pakwe aku belikan tu"


pastu dia pun blah. tak cakap mekasih pun. dah lah pakai baju tidur yang macam kelawar tu. kaler putih lak tuh. aku takde syak pape pun. cuma tu la aku pelik. apa ke huduh sangat dia memalam ni. dengan rambut serabai. aku bajet dia ngigau je.



soknya aku pun hantar keja aku tu kat bilik prof. kembang gak la kene puji sebab berjaya gak hantar keje dia. aku tak tau la dia puji ke perli. asalkan aku hantar. pastu dia siap cakap apa tau..



"saya harap awak akan hantar asmt lain dengan lebih awal. cuba tengok Salmah. Walaupun dia terpaksa balik kampung sebulan lebih awal sebab masalah keluarga, dia berjaya siapkan. dah hantar pun bulan lepas."


Salmah? ooh dak betty la tuh. nama salmah...



aku pelik. aku balik hostel je aku tanya roommate dia mana pergi dak betty. dorang bantai gelakkan aku kata aku ni ngigau. 


"dak betty kan dah balik kampung bulan lepas. apa kau merepek ni derr"



dorang sambung gelak. aku rasa benda tu tak lawak pun. tapi aku rasa muka aku dah pucat lesi. pagi tadi yang mintak buku law aku tu sapa? aku selongkar loker. cari buku law. takde gak. aku memang pasti aku bagi buku tu pagi tadi. tapi bukan pada betty. 
tapi.........






aahhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!












lepas tu aku berikrar ..aku akan siapkan asmt aku on time. taknak lagi gelabah siapkan last minit sampai nak stay up bagai...

abes dah citer.



Previous
Next Post »

12 komen

Write komen
February 11, 2011 at 10:16 PM delete

soalan.
abis buku yg pkwe akak beli tu mcm ne?
dapat balik?
antu tu tak ketok pintu nak pulang ke?
hahhahah

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 11, 2011 at 10:25 PM delete

buku tu jumpa..2hari lepas tu..haha siot kan hantu tu?hampeh..dia pun nak study gakk la tuh..haiyoo..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 11, 2011 at 10:26 PM delete

pengalaman kena kacau tak ada tp membe adalah, sama ke atau tak serupa eeakk...

Reply
avatar
February 11, 2011 at 10:32 PM delete

huhuhu..takotnye..nasib bek dy xmintak nk tido kt blik u kan..klu x, pengsan..hehehe..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 11, 2011 at 10:46 PM delete

pelik tapi benar kan? moralnye..jgn buat keje tangguh2 kan cik aish!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 11, 2011 at 10:47 PM delete

ayesha ...tak sume orang akan dapat pengalaman mcm ni..harap2 kuat semngat la..sbb bila kt nk belaja, syaitan suka kacau..:)
elyn ... haishh klu dia mtk nk tdo bilik i..mmg konfem demam la..

Reply
avatar
FadhDeela
AUTHOR
February 12, 2011 at 12:32 AM delete

ngerinyer cik aish..wat nyer time dia mintak buku pastu dia lak mengilai waaah time leh leh pengsan seminggu woooo!! :P

Meh singgah: Lisa Surihani & Shaheizy Sam Bercinta??

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 12, 2011 at 1:07 PM delete

haha ! lucu ! jmp buku tuh kt mna cik aish ?

Reply
avatar
February 12, 2011 at 2:45 PM delete

aish..semalam saya nk baca post awak tp sebab tajuknya agak menyeramkan,terus cancel..ni baru baca...huhuhu..
tp baguslah hantu tu,pinjam buku nk study..hihihi..:)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 12, 2011 at 8:55 PM delete

@uchi kay-f : hehehe ala biasa la dulu mmg ada habit buruk camtu..takleh kikis..
@fadheela : haha naseb bek la dia tak ngilai ke apa..tp mmg ngeri laa ingt blk dressup dia mlm tuh..
@bee kot : haha..tau tkpe..takde ah seram pon..lucu lg ada ahh..ada ke patot antu dtg curi buku...educated punya antu.haha
@siti : haha ala takkan la saya nak uat citer seram melampau2..silap2 sy sendiri takut nak bukak blog sdiri..emm just penglaman biasa je..

Reply
avatar
February 12, 2011 at 9:11 PM delete

haha. ni tbe2 ase mlas da nk stay up mlm2 ari. scaryy nye.

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...