Singapore negara yang sangat pentingkan kebersihan!

Situasi : dalam sebuah kereta 

Lelaki X : Emm..mana nak buang sampah ni, awak, tolong bukak tingkap buang sampah ni kat luar kereta. 
Gadis Y : Hish mana boleh. Suka suka je nak buang sampah merata rata. 
Lelaki X : Ops lupa. Cikgu la katakan.
Gadis Y : Bukan sebab saya ni cikgu, tapi ni soal jaga kebersihan.



Ok. dialog kat atas adalah intro kepada tajuk entry aku hari ni. ni soal kebersihan ye adik adik sekalian. Semalam masa turun Singapore, aku bukan ah nak bangga banggakan negara orang. bak kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Best lagi hujan batu walaupun batu tu sakit kalau kena. ye tak? 




Sebenarnya ramai dah yang tau Singapore adalah salah satu negara yang amat pentingkan kebersihan. cuma aku belum pernah berhadapan yang real punya situation. cuaca kat sana dengan cuaca kat Malaysia ada sikit perbezaan. Padahal dua dua negara ni bawah langit yang sama je. tak ah jauh sangat dari malaysia. tapi udara dia agak bersih ah. kira macam kalau time tengahari, cuaca panas tapi angin dia segar bersih je. sebab? dorang kurang pakai kereta. dorang naik train je ke sana sini. so bila kereta kurang, asap pun kurang.



sepanjang pemerhatian aku ah kan, seketul sampah pun memang susah kot aku nak jumpa even tepi jalan, celah longkang, pastuh tong sampah pun kilat kilat sebab bangla tu tengah lap dengan kain. tong sampah ok. dorang lap kasi kilat bling bling lagik. tong sampah kita amcam? atas penutup pun ada sampah ye tak?








ok. ni adalah toilet. wangi giler. rasa macam kalau aku terlepas flight pun kira tidur dalam ni pun ok kot. orang tua tua kata, kalau kita nak tau orang tu pembersih ke tak, kita tengok toilet dia. kalau toilet dia kotor berkerak kerak, pengotor lah orang tu. tapi toilet aku tak ah macam ni. tapi kira kemas gak ar. so ayat nak ngaku konon aku ni pengemas dan pembersih la? uwek


KEMAS SENDIRI MEJA LEPAS MAKAN KAT KFC

ni lagi satu hal. tengahari tu aku lapar. so kitorang pun pergi KFC. sebab nak pergi sebarangan tempat makan ni belum tentu halal. yang paling selamat KFC. masa tengah syok makan, kitorang macam surprise gak ah apesal takde pekerja yang tukang kemas ke apa ke kan. aku pandang akak aku. akak aku pandang aku. so kitorang pun paham. ok. kena kemas meja sendiri lepas makan. 



aku pandang orang lain. dia lepas makan terus amik tray buang sampah dalam tong pastu tray tu siap lap letak balik tempat asal. kitorang dah nak tergelak dah. akak aku siap cakap lepas ni taknak bawak anak anak datang makan kat sini sebab nanti dorang sepah sepah penat nak kemas. 



aku pun dengan rasa bangga terus amik tray yang penuh bekas makanan and  tulang tulang ayam, buang dalam tong, lap tray bersih bersih pastuh lap meja lak. aku tak kisah. dulu keja fastfood memang camni keja aku hari hari. 




takjub tak?





rakyat malaysia taknak ke tiru macam ni? apa salahnya kita didik anak anak kita, yang kecik kecik tu jangan buang sampah merata rata. tak pun sebagai orang dewasa, jangan buang sampah merata rata depan anak anak kita. bukan susah pun nak buang dalam tong sampah. ok?


Cik Aish have a good time in Singapore!

bye!


Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
FadhDeela
AUTHOR
February 16, 2011 at 1:18 AM delete

mmg negara dia bersih..g singapore ke?best x??g mana jer?
cik aish: tau x nak nak masuk innit ssh sgt..suh masuk password tp dia kata incorrect???

Meh singgah: Betul ke kuda leh stim tgk manusia???

Reply
avatar
MamaRifqy
AUTHOR
February 16, 2011 at 9:30 PM delete

** dear!
akak da emel daa..aritu pon da emel..

Tadi pon..akak baru je emel detail
Nway..thanxx ye dear!

Reply
avatar
Cik RoSs
AUTHOR
February 16, 2011 at 9:49 PM delete

wahhh..best nye??!!kite pun ada plan nk ke s'pore.
eerrrmm..sgt2 bersihnye..teruja arr..alangkah baguihnye kalo Malaysia cmtu...Bila la agaknye Malaysia akan jd mcm S'pore yg bersih

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 16, 2011 at 10:50 PM delete

saya sllunye masuk singapore xlame..paling2 sblm jam 7 mlm dah ade kat tambak jb...

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...