SHISHA : apa itu shisha? hukum hisap shisha dari pandangan Islam? check it out!

"Adalah tidak sesuai bagi seorang wanita untuk duduk bersilang kaki dan merokok di tempat awam."

 

  

LARANGAN HISAP SHISHA AKAN DIKUATKUASAKAN

 

Jika sebelum ini larangan merokok dikuatkuasakan, menyusul nanti, shisha. Selain itu ia turut disenarai dibawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Larangan itu susulan laporan khas Buletin Utama minggu lalu mengenai bahana shisha.


Kementerian Kesihatan menurut Menterinya, memandang serius isu itu. 

Serentak itu, kempen kesedaran bahaya shisha akan digerakkan, termasuk penguatkuasaan larangan menghisap shisha di premis yang sama dengan larangan merokok serta larangan menghisap kepada mereka berumur bawah 18 tahun. 

Kawalan shisha dari segi perundangan juga akan dicadangkan. 

DATUK SERI LIOW TIONG LAI / MENTERI KESIHATAN
Oleh itu saya dah mengarahkan kepada ketua pengarah, pengarah-pengarah negeri untuk mengingatkan orang ramai, mengadakan kempen larangan merokok termasuk larangan menghisap shisha. Kalau dulu kita hanya mengadakan kempen larangan merokok, kita kena sekarang tambah larangan menghisap shisha sekali. 

Larangan itu katanya, akan dikuatkuasakan secepat mungkin. 

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, W-H-O, menyebut shisha berbahaya 400 kali ganda daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok. 

WHO juga melaporkan, 17 peratus kes penyakit batuk kering, dikaitkan dengan penggunaan shisha.

Sumber : Berita TV3

 

 

 

TAU TAK APA ITU SHISHA?

 

shisha adalah panggilaan dalam bahasa arab. ia sejenis waterpipe la lebih kurang. cara hisap dia senang. sebab aku dulu member ramai hisap shisha. malam malam minggu kat melaka, open table kat pantai klebang. eh aku tak hisap ok. sebab alah dengan asap. cara hisap dia cuma letak je perisa kat tempat dia, pastu letak batu arang panas kat atas dia pastu kita sedut asap dia pakai pipe. Just like that. 

 

 

HISAP SHISHA KURANG BAHAYA BERBANDING ROKOK..SAPA KATA??

 

shisha dan rokok adalah dua benda yang sama. kita layan tembakau tapi dengan cara yang berbeza. cuma nikotinnya kurang sikit compare dengan rokok. TAPI TAPI TAPI tar dalam shisha jauh lagi tinggi dari rokok ye adik adik sekalian.

 

   

 

SUMBER MENGATAKAN.........


"masyarakat yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar."




APA HUKUM HISAP SHISHA DARI PANDANGAN ISLAM?

soalan ni pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. jom kita baca!

Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?

Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:


يسئلونك ماذا Ø£ُحل لهم قل Ø£ُحل لكم الطيبات

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)


Dan firmannya lagi:


ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)


Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi) 






So? Dah terang lagi bersuluh kan?
nak lighter lagi kasi lagi terang?



 

Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
Naoe Rain
AUTHOR
February 17, 2011 at 10:41 PM delete

g0od infomation.tengs yer

Reply
avatar
FaKArePa!n
AUTHOR
February 17, 2011 at 11:15 PM delete

la.. shisha dah nak diharamkan ke.. erm..

Jom Hayati
Dari Jamban Bermula Segala

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 18, 2011 at 1:55 AM delete

jgn hangat2 tahi ayam sudah ler..penguatkuasaan biasenye awl2 je pastu suram.......hmmm

Reply
avatar
Addien
AUTHOR
February 20, 2011 at 1:06 AM delete

yang haram itu jelas dalam islam..dan yang halal itu juga jelas dalam islam..
makanlah dari makanan yg baik..dan tinggalkanlah dari yg haram

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 8, 2011 at 9:45 PM delete

sya x tau ap itu shisha , thx bro .

Reply
avatar
Lizzy
AUTHOR
November 1, 2011 at 12:26 PM delete

penasaran soal shisa, mbah google mengantarkan saya ke blog ini. thanks for this useful information ^^

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 29, 2012 at 11:44 PM delete

tengok tv pun bleh memudaratkan kesihatan,camna plak tu,dpn laptop tgah baca blog pun memudaratkan :D

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...