Sebenarnya susah nak puaskan hati semua pihak. Ada sesetengah blogger yang sesedap hati mengumpat orang kiri kanan. Kadang-kadang tak faham dengan dia orang. Bila perempuan tak pakai tudung, dia orang kata, perempuan jahatlah, penghuni nerakalah, itulah inilah. Bila perempuan tu dah bertudung, ingatkan mereka diam. Rupanya ada lagi yang tak kena. Pakai tudung warna warnilah, tudung tak kena dengan gayalah, itulah inilah.
Sebenarnya aku pun taklah arif sangat pasal hukum hakam ni. So tak berani nak cakap banyak-banyak sebab nanti kena gam pulak. Tapi bukan senang ye kaum perempuan yang sejak lahir freehair tiba-tiba berubah nak pakai tudung. Bukan senang ye. Kira kredit untuk dia orang yang dah cuba untuk pakai tudung. Slow-slow lah kan..:)
Kenapa perempuan freehair? Mungkin antara jawapan yang aku pernah dengar, taknak nampak macam makcik-makcik kampung. Susah nak gayakan dengan baju. Taknak digelar old fashion atau kuno. Tapi aku salutelah dengan perempuan-perempuan yang berani mengetengahkan cara pemakaian tudung yang bagi aku cukup menepati citarasa remaja sekarang. Sangat stylo mylo okay. Kadang-kadang lagi cun meletup letup dari perempuan yang freehair. ops.
Tak percaya? ok. Cuba kita tengok contoh blogger yang bertudung ni dan mereka sangatttt cantik! Aku sure yang kau orang semua kenal kan dia orang ni? Blogger faymous emos kan? Jom tengok satu-satu.
Dia orang memang best. So siapa yang gatal mulut kata pakai tudung tak boleh berfesyen? Eish. Tak kisahlah apa sekali pun. Yang penting cara pemakaian dia orang mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi kaum-kaum hawa untuk bertudung! Oraite..niat tu biarlah Allah Taala sahaja yang tahu. Jadi, janganlah kutuk-kutuk kononnya perempuan yang bertudung dengan shawl warna warni ni tak sesuai lah itu lah ini lah. Chill!!
3 komen
Write komenohhhh myyyyy... siapa ckp pakai tudung mcm makcik2? haha. semua tu atas gaya sendiri. kalau pandai bergaya, pakai apa pun tak mcm makcik2 lah. plus, nowadays dah byk fashion tutup aurat for muslims kan :)
Replyand for me, ramai yg still tak pakai tudung sbb belum ready. tapi ada jugak yg pemikiran cetek dan sempit dan kuno, konon pakai tudung ni mcm minah kampung. dosa pahala tak kira kampung bandar padahal LOL
cakap ja pndai, i ni pun belum ready nak pakai hijab, mudah mudahan suatu hari nnt :)
nice entry btw :)
ye..tu hak masing-masingkan..cuma tula..ada segelintir yang sesedap rasa komen itu ini..kesian kat girl2 kat luar sana yang kene hentam sbb pakai shawl tak kena gaya..haiyo..tak baik kan camtu..tak pakai bising. da pakai pun nak bising gak..
Replykenal dgn rina salleh tak?
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon