ok. sebelum readers semua pikir aku ke yang kena tinggal, baik aku higlight dulu ni sebenarnya situasi orang lain. cuma sekadar berkongsi pengalaman. boleh kan?
tak kisahlah lelaki ke perempuan dua dua sama je. dua-dua nak sayang dan disayang aite? bila dah sayang, memang sayang ketat-ketat. semut nak nyelit pun susah. tapi bila dah kena tinggal, memang frust nonggeng, kurung dalam bilik nangis sampai lembam, dengar lagu sedey-sedey, memberontak taknak makan dan macam-macam lagi lah. pastu mula buat question mark mana salah silapnya sampai dah sayang punya ketat pun masih kena tinggal gak.
PERTAMA, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. say ilebiu hari-hari tapi korang lupa yang pasangan korang taknak ucapan ilebiu semata-mata tapi nak korang caring kat dorang. caring tu maknanya ambil berat. bukan berat dorang kita timbang. tapi kita cuba untuk selami apa masalah dorang, bincang heart to heart gitu.
KEDUA, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. sampai apa je yang dorang nak buat, nak pegi mana, dengan siapa, semua korang nak sibuk-sibuk. sampai dorang rasa yang dorang dah takde life selain buat report harian pergi mana, dengan siapa, semua tu lah kat korang. jadi dorang rasa macam sesak nafas. last-last semput terus mintak clash. heh heh
KETIGA, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. tapi yang lelaki asyik nak tunjuk ego je. yang perempuan asyik nak tunjuk emo je. lelaki ego, perempuan emo. dah tu macam mana? sayang ketat macam mana sekali pun kalau tak pandai nak kawal ego, tak pandai nak kawal emo, putus jugak. *sebab tu ai sayang boipren ai*
KEEMPAT, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. tapi bila pasangan korang merajuk, korang tak pandai nak pujuk. eh eh eh. terutama perempuan. biasalah perempuan kan hati dia lembut selembut softlan. yang lelaki kena lah paham. jiwa pompuan ni cepat tacing especely dengan orang yang dia sayang. pujuk la bro...pujuk la..tapi sekarang ni bila pompuan tacing, lelaki selalu salahkan pompuan tu. come on bro. tak lesap duit seribu pun kalau lu pujuk dorang. ur lover jugak kan.
KELIMA, korang memang sayang ketat-ketat kat pasangan korang. tapi korang tak jaga mata. tak jaga kelakuan. pantang nampak pompuan dahi licin. pantang nampak lelaki hensem macam asyraf muslim. jeling maut sampai tak sedar pasangan kita dok ngomel kat sebelah. haiyo. jagalah perasaan pasangan korang tu. dorang tak suka korang pandang orang lain. paham?
ha kalau korang yang dah sayang ketat-ketat tapi masih gak kena tinggal, korang duk kejap tepi pantai ke tepi sungai ke tepi longkang ke. muahasabah diri. adakah korang termasuk dalam kelima-lima point yang cik aish bagi kat atas nun ha. jadik..jangan salahkan pasangan kalau dorang curang ke hape ke. tapi kalau korang tak buat semua tu, still dorang tinggalkan korang gak..emmm..aku cadangkan korang mandi bunga la bawah jambatan.heh heh heh..larikksss..
ok bye.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon