Lain kali buat kerja betul-betul... ni nak marah ni

Salam yu olls. 
Tajuk entry dah macam nampak marah sangat dah aku ni. Mau tak marah? Bila kerja tu betul-betul lah. Jangan main-main, jeling-jeling. Sekarang customer yang susah. Customer always rite tau!


Semalam pergi pejabat pos. Biasalah macam-macam nak bayar. Kesabaran pun teruji jugaklah semalam. Mana taknya, ramai sangat umat manusia kat situ. Macam berjanji pulak kita semua ni nak bayar bil sama-sama ye. Huhu. Tak kisahlah. Sabar kan aje.. aku kan gadis penyabar. KE??


Alhamdulillah semua dah settle bayar. Balik rumah terus tidur. Biasalah time-time petang memang bantal busuk memanggil-manggil. Tengah lena dibuai mimpi Syakila, enset bunyi pulak...Ni yang lemah semangat ni. Rasa macam nak marah je. Kalau boipren yang call takpe jugak. Ni tah sapa tah kan. Jap. Boifren call? Gelak jap. hihihihi..


Hello. Ni Cik Ismaliza ya?
Ya saya. Siapa ni?
Saya nak minta maaf sebab tadi dekat kaunter pejabat pos tadi saya lupa nak mintak duit sampul pos laju yang cik beli tu.
Oh yeke. Patutlah rasa macam murah je semua total tadi. Awak nak saya bayar ke? 
Kalau boleh lah.
Insyallah lah.


Lain kali buat kerja betul-betul. Kau ingat pejabat pos tu sekangkang kera je ke dari rumah aku ni? Nasib baik aku penyabar. Kesian pulak nanti gaji kau kena potong. Tapi punya la malas aku nak pergi pejabat pos semata-mata nak bayar sampul pos laju RM4.50 tu sebab kecuaian kau sendiri? 



Apa perlu daku lakukan? Oh tidak. Malas sungguh. Apa kata ustaz asyraf? Heh heh T______T
Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
nurul liana
AUTHOR
January 25, 2011 at 3:38 PM delete

hahhaha..x tau salah sape sebenarnya kan... masa nak byr bil tu x total kan ke semuanya berapa?? saje nak berkenalan tu kot

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...