.

.

Alahai AJL25.......macam-macam!

Ok. Rasanya semua dah tahu siapa yang menang besar, siapa pula yang menang-gung kekalahan. Tapi apa pun aku bagi jugaklah senarai pemenang AJL25 malam tadi okay.





Persembahan terbaik - Faizal Tahir (Hanyut)
Vokal terbaik - Hafiz (Noktah cinta)
Tempat ketiga - Hafiz (noktah cinta)
Tempat kedua - Meet Uncle Hussein (Drama King)



 dan




Tempat pertama - Ana Rafali (Tolong ingatkan aku)


So itulah senarai pemenang AJL25 malam tadi. Puas hati? Jangan ditanya pada Fan Faizal Tahir. Pasti ada yang sentap sebab Faizal Tahir tak dapat menang kategori lagu terbaik top3! Dan jangan ditanya Fan Yuna apabila Yuna kalah dengan lagu Cinta Sempurna. Dan kalau ditanya pada Fan Ana rafali mungkin mereka happy guling-guling sebab artis kesayangan mereka menang dengan lagu Tolong Ingatkan Aku. eheh eheh eheh. Siap tukar profile picture dengan muka kak Ana! Ayoyo ama apaa



PERSEMBAHAN PEMBUKAAN AJL

Kalau kau orang tertinggal part ni, memang rugi. Sebab AJL flashback balik pemenang AJL tahun-tahun sebelum ni. Yang terpilih membuat persembahan, Francisca Peter, Nash dan M.Nasir. Semua otai-otai turun. Mau tak gempak? Cayalah. Memang best. 



PENGACARA AJL MEMANG BEST

Okay. Sekarang nak komen pasal pengacara pula. Faizal tahir eh silap Faizal Ismail, ally Iskandar dan Sehryll Samad memang gabungan yang mantap! Bila dibandingkan dengan Awal Shari dan Vanida Imran dalam ASK baru-baru ini, macam langit dengan bumi. Ketiga-tiga pengacara ni memang bersahaja, menghiburkan, dan macam-macam meng lagilah! Kredits untuk dia orang bertiga!



So sepanjang 14 lagu dipertandingkan, agak terkejut jugalah dengan persembahan masing-masing. Macam Shahir masa bawa lagu Kebahagiaan dalam perpisahan, dia kena tampar dengan sorang awek ni. Tapi tak menang persembahan terbaik. Tak berbaloi kot kena tampar. Hehe. Lepastu si Hafiz pula time tengah sedap bawa lagu Noktah cinta, tiba-tiba kena tembak pulak. Tah peluru sesat mana tah kan tiba-tiba je. So dia menang kira okla tu berbaloi kena tembak.




Faizal Tahir pula memang bestlah sebab persembahan dia. Basah kau. Sebab bawak lagu Hanyut kan. Jadi dia pun menghanyutkan diri dalam air. Memang unexpectedlah kan sampai kau nak basah-basah. Memang kelass persembahan Faizal Tahir. Selalu meninggalkan kesan di hati peminat. I lap u! Hehe.


Persembahan yang lain macam biasa. Semua ok. Yuna pun best tapi malang dia kalah. Mungkin dia buat persembahan pertama. So juri mungkin lupa Yuna ada buat persembahan malam tu. (suka-suka hati kau je kan aish)



PERSEMBAHAN PENUTUP AJL

Kali ni AJL memang kumpul semua otai buat persembahan. Kali ni Dato Sharifah Aini, Ziana Zain dan Dato Siti Nurhaliza buat persembahan. Nak tahu apa yang pelik kat sini? Mula-mula masa Dato Sharifah Aini buat persembahan, aku perasan muka dia lain. Oh hidung dengan dagu. eh...cucuk ke? hehe. Ziana Zain macam biasa maintain dengan kening dan pitch tinggi dia. Tok Ti pulak sejak kahwin dengan Tok K dah pandai gelek-gelek inul ni yang makin suka kat Tok Ti nih. Haha. Badan Tok Ti pun dah makin kurus. Tak tembam macam dulu. Tok Ti memang kelasss..Tok Ti? Datuk Siti lah!




Apa pun, tahniah pada yang menang. Walaupun ramai yang tak berpuas hati dengan kemenangan Ana Rafali dan Hafiz, tapi M.Nasir adalah ketua juri. Beliau lebih berpengalaman dari kita semua. Tabahkan hati anda okay! Peringatan untuk diri cik aish jugak sebab frust nonggeng Yuna kalah. Huhu. Takde rezeki. Takpe, tahun depan Yuna cuba yang terbaik lagi okay!

So nak tengok gambar red karpet atau sebalik tabir ajl boleh bukak kat cni okay!



Cik Aish - Tolong Ingatkan Aku esok nak pergi bank.
3 Komentar untuk "Alahai AJL25.......macam-macam!"

aku rasa awek yang tampar shahir tu ialah Nasha Aziz... cuba tengok betul2...

orang kt stadium blahh time ana poli2 menang.. malas nk dengar... x mcm estranged, meet uncle hussein even aizt taun lepas, semua stay kt stadium... ohh TOLONGLAHHH... M.Nasir ketua juri..oh die berpengalaman so x bole bagi komen sbb kite x de pengalaman..oh tolong ingatkan aku...hahahahaha cume hakim2 yg ter Professional kekadang Gile gak dlm buat keputusan..Vasss..

ramai org dh jerit Yuna bile pengacara ckp yg buat dan compose lagu org yang sama... hahahaha tengok ana poli2 yg dpt.. Bangga M. Nasir dan ketua juri sebab berjaya membuat Jubli Perak AJL menjadi cam haram.. ape nk buat Tanya la sama itu HUd2.. yang best dpt tgk otak2 nyanyi and ziana dan semestinya DAto CT Nurhaliza... mmg best..keputusan ops !!! org professional dah putuskan ok!!! ko nkkomen2 apa tau pasal muzikk..hahahaha..vasss tp result mmg cam haram..hahahahahahaha

Back To Top