5 Sebab Kenapa Saya Tak Suka Lelaki Si Perokok Tegar

Salam.
Baiklah. Entry kali ini saya cuma nak kongsikan sedikit ketidaksukaan saya dengan lelaki yang merokok. Dahlah merokok. Tegar pula tu. Banyak sebab kenapa saya tak suka perokok tegar berada di kiri, kanan, depan dan belakang saya. Ketawa. Sudah pasti bloggers yang juga perokok tegar menyampah dengan entry saya ini. Mungkin perempuan lain tak kisah. Tapi saya kisah. Oh perokok tegar! T___T


Kenapa Saya Tak Suka Lelaki  Si Perokok Tegar?


Pertama : Bila mereka melintas, bau Masyallah
Ada segelintir perokok tegar yang ada 'perfume' mereka sendiri.  Kalah Wan derop perfume lahh! memang bau berderop derop! Bila mereka lintas depan kita, bau menusuk hidung sampai boleh juling dibuatnya. Kadang-kadang badan tak nampak, bau ada. Oh dia lalu belakang kita daa..Sampai gitu sekali baunya menusuk hidung! 




Kedua : Bila mereka senyum, eh ada gigi emas!
Ada segelintir perokok tegar tak kisah dengan penampilan mereka. Nak awek hot je, diri sendiri tak hot. Bila dah tegar sangat merokok, sehari berkotak-kotak, maka dengan tak langsungnya mereka ada gigi emas. Tahu gigi emas warna apa? Takkan emas warna pink kan? Mestilah kuning. Bayangkan kalau perokok tegar tu menghampiri anda dan senyum kat anda. Ngeeee..Gigi emas.. Boleh terbawa-bawa dalam mimpi. Meringai je. Seram.






Ketiga : Bila mereka sanggup diet semata-mata untuk simpan duit rokok. 
Ada segelintir perokok tegar yang sanggup diet sediet-dietnya semata-mata nak simpan duit rokok. Nak mintak kawan sebatang dua kadang-kadang tu bolehlah. Tapi kalau hari-hari asyik mintak member je, takut juga kena makan kaki. Jadi mereka ni sanggup minum air kosong, nasi berulam ikan kering untuk beli rokok. Tak mustahil kalau mereka ni sanggup tak topup! Buatpe? Dari call awek baik hisap rokok. Ah parah...




Keempat : Bila mereka kahwin, anak senget-senget.
Ada segelintir perokok tegar yang taknak terima hakikat kalau anak mereka cacat. "Eh keturunan i tak ada yang cacat! Ini semua keturunan u!" Ha gitulah gaduh laki bini. Memang anak yang lahir itu adalah ciptaan dan kehendak Yang Esa. Tapi apa salahnya beringat-ingat akan kesan negatif rokok ni terhadap zuriat korang nanti? 



Kelima : Bila mereka bakal menyakitkan orang yang paling rapat dengan mereka.
Ada segelintir perokok tegar, bila dah merokok tak ingat dunia tahap dewataraya, sudah tentu awek-awek semua nak taknak kena hidu gak asap kepul-kepul tu. Bukan nak protect awek-awek dorang, tapi siap buat bentuk luv lagi konon nak tunjuk terrar. "U, i terer buat bentuk luv, bentuk O dan macam-macam bentuk lagi dari asap ni." Terer kan? Pelempang?


Tapi kalaulah si perokok tegar boleh berhenti menegarkan diri dari merokok, memang tabik spring!

Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
FadhDeela
AUTHOR
January 18, 2011 at 10:31 PM delete

mmg bucuk!!! deela xbg perokok merokok kat dlm kete deela..hihi :D

Meh singgah: Aksi Menghairahkan!!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 19, 2011 at 8:47 PM delete

hehe tau tkpe..busuk kan

Reply
avatar
nazayiena
AUTHOR
January 20, 2011 at 5:39 PM delete

Nasib baik hubby akak x merokok...
Tag ok..
http://anneraini.blogspot.com/2010/12/1st-lucky-draw-blog-suka-hati.html

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...