Salam semua.
Selamat Tahun Baru.
1 Januari 2011.
Ketika ramai bergembira menyambut tahun baru, saya terkejut mendengar berita mengenai kematian pelakon muda yang mula dikenali ramai. Pernah berlakon dalam drama Adamaya menjadi teman lelaki Lisa Surihani. Siapa lagi kalau bukan Faizal Yusof. Juga pernah membintangi drama bersiri Wadi Unung. Ingat lagi?
Arwah pernah berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak. Dengar-dengarnya, arwah meninggal dunia kerana menghidap penyakit jantung. Muda lagi sudah dapat penyakit begitu. Hm. Apa boleh buat. Sudah ajal. Sama-samalah kita mendoakannya agar berada bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Nak berita selanjutnya, boleh klik di sini. Faizal Yusof Meninggal Dunia
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon