Baru kini saya faham nikmat menjadi guru..

Salam semua.
Baru sahaja selesai makan Seafood Tomyam bersama keluarga tadi di luar.
Alhamdulillah. Kenyang rasanya. Dari petang tak makan apa-apa. 
Diam.


Telefon saya sudah beberapa hari sering mendapat mesej-mesej bekas anak murid saya dulu. Hiba sangat hati bila membaca satu persatu. Mereka semuanya tidak menyangka sama sekali akan kehilangan saya di sekolah tahun ini. Ya. Saya rindukan mereka kerana saya menganggap mereka sebagai adik-adik saya sendiri. Mereka petah. Walaupun agak nakal, tapi itu semua perkara biasa. 


Cik Aish : Hai umi..­­Macam mana sekolah? ­Ramai cikgu baru?­­
Umi : Hai cikg­u. Ramai­­. hehe­­. Tapi kitorang tahun nie tak best la sebab cikgu isma tak  ada. Semua rindu cikgu­­ tau­­!!
Cik Aish : Nak buat macam mana...­­Cikgu pun rindu korang semua..­­
Umi : Rindu nak borak-borak dengan cikgu time subjek PJK­­. Kitorang tak berapa suka dengan cikgu baru.
Cik Aish : Ish. Tak baik cakap macam tu. Kenapa pula?
Umi : Tak best­­ macam cikgu.
Cik Aish : Mula-mula  memang la. Lama-lama mesti best nanti.


Banyak lagi yang kami borakkan. Tapi saya terus matikan perbualan kami sampai di situ. Saya rasa lain. Sebak. Ada lagi seorang pelajar telah sampaikan salam kepada saya melalui rakan saya. Katanya, dia menyesal tidak sempat memohon maaf dengan saya. Katanya kalaulah dia tahu yang saya sudah tiada lagi di sekolah itu, pasti dia sudah lama memohon maaf dengan saya. Dalam hati saya, saya sentiasa memaafkan pelajar saya. Bagi saya, pelajar itu walaupun bermasalah dalam pelajaran, tapi saya yakin, jika betul caranya, pasti dia lembut hati untuk belajar bersungguh-sungguh. 



Saya guru Tingkatan 1 Melati. Bagai ibu yang punya banyak anak lelaki. Kelas lasak!



Saya teringat ketika saya mengajar di sekolah itu, saya akan sentiasa membuat kuiz supaya mereka tidak bosan mendengar sahaja apa yang kita bebelkan. Saya nak mereka aktif. Berfikir mencari jawapan. Lalu saya hadiahkan coklat kepada mereka yang menang dalam kuiz tersebut. Saya rasa terharu bila mereka cuba berhempas pulas mencari jawapan dalam buku teks. Walaupun mereka sebenarnya mahukan coklat, tapi saya suka usaha mereka. Ada teamwork di situ. 


Masa PJK, saya tahu mereka perlukan masa untuk hilangkan tekanan belajar. Mereka perlukan satu ruang untuk lepaskan segala-galanya. Saya akan beri mereka kunci stor. Mereka berhak memilih untuk bermain apa permainan sekalipun. Dan saya sendiri terhibur melihat mereka bermain sesama mereka di padang. Kadang-kadang waktu PJK ada pelajar yang datang meluahkan masalah keluarga kepada saya. Saya dengar. 






Dan saya teringat semasa pertandingan softball diadakan antara kelas, ketua kelas meminta guru pengadil menelefon saya supaya turun padang menyaksikan mereka bermain di padang. Kata mereka, mereka nak guru tingkatan mereka beri semangat kepada mereka. Lalu sekali lagi saya terharu dan turun memberi sorakan kepada mereka di padang yang penuh lumpur itu. Dan Alhamdulillah mereka Johan!



Buktinya saya turun ke padang menyaksikan mereka!



Saya teringat masa akhir tahun yang penuh dengan segala macam tugasan yang perlu diselesaikan. Mereka ringan tulang membantu. Terima kasih. Cikgu sayang kamu semua. Dan yang paling membuat saya ingin menitiskan air mata, apabila ada kalangan mereka yang menghantar mesej kepada saya mengatakan.....




"Cikgu, kami semua rindukan cikgu. Datanglah jenguk kami di sini. Kami nak ucapkan terima kasih sebab ajar kami selama ini. Terima kasih cikgu.."




Ya Allah...Tuhan saja tahu perasaan saya masa itu...Walaupun gaji guru tidaklah setinggi gaji doktor atau peguam. Tapi nikmatnya tak terucap dengan kata-kata..
Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
~misslaily~
AUTHOR
January 8, 2011 at 4:47 PM delete

ya benar, itu satu nikmat yang tak terucap dengan kata2, tak ternilai dengan wang ringgit

Reply
avatar
umi nurul shuhada
AUTHOR
January 8, 2011 at 11:08 PM delete

cikgu saya syg cikgu ,cikgu mesti janji tau dtg jenguk kite org kite org semua kat skolah nie, dtg la wlaupun sekali untuk ank murid cikgu niew kte org nie dah rindu sangat kat cikgu sampai nak menangis pun adew plez cikgu dgt yer syg cikgu muahh!!!:(

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 15, 2014 at 11:02 AM delete

@umi nurul shuhada ye cikgu dtng lah... btw sye dh x de kat sekolah ampangan ..... sye dh pindh kat ILP pedas :) and tahniah cikgu anak cikgu comey macm cikgu ngan suami cg hehehe

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...