Ini entry khas mengenai gelagat bloggers

Salam semua.
Sudah lama saya tak update blog "hidup sedap macam makan coklat" ni gara-gara keluar berfoya-foya dengan keluarga tercinta dua tiga hari ini.
Senyum.


Baik. Straight to the point. Saya seorang blogger. Ya. Blogger yang baru menjinakkan diri dalam dunia blogging. Blogger yang perlu banyak belajar macam-macam. Blogger yang serba serbi kekurangan dan perlukan sokongan anda semua. Terima kasih kepada yang sudi menjadi follower Belog Cik Aish yang masih mentah ini. Saya hargai sokongan anda semua.


Selama ini apa matlamat blog saya? Untuk mendapat perhatian dan dikelilingi ramai Followers? Atau mendapat pendapatan Nuffnang? Tidak. Saya hanya jadikan blog ini untuk meluahkan apa yang saya rasa. Tempat untuk saya kongsi pengalaman perit getir saya dalam persahabatan dan percintaan. Saya tak ganggu orang lain. Saya kurang berminat melahirkan entry yang penuh umpat keji terhadap blogger lain atas penulisan mereka yang tidak sependapat dengan saya. Saya tak gemar begitu. Bagi saya, setiap blog, setiap entry, punya pendapat dan pandangan masing-masing. Voice of people.




Apabila blog saya sering menerima umpat keji dari anonymous yang pengecut, saya hanya mampu geleng kepala dan senyum. Saya pasti mereka tidak ada kerja selain mengumpat orang lain. Terima kasih. Apa pun, saya doakan kalian semua sama-samalah menjaga aib blogger lain. Kurangkan menuding jari pada siapa-siapa. Kurangkan mengumpat senang cerita. 


Jangan kerana mahu naikkan trafik blog, anda sanggup menempah dosa. Dosa yang hanya akan diampunkan sekiranya anda memohon maaf pada blogger tersebut. Dosa mengumpat. Ini juga untuk peringatan diri saya sendiri. Wallahualam..




Nota kaki : Ok. kepada sesiapa yang sudah join atau sedang join atau akan join contest yang saya sedang anjurkan sekarang, terima kasih sangat-sangat atas sokongan anda semua!


Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :