Bila artis dah setaraf Hollywood

Bila belek-belek Pancaindera pagi tadi, rasa berminat membaca satu entry mengenai artis-artis kita berpakaian semasa di Anugerah Skrin 2010 minggu lalu. Mungkin ramai berpendapat ASK ini merupakan anugerah berprestij di mana kita menganugerahi mereka yang berbakat dan cemerlang dalam seni lakonan tanah air.



Malangnya, saya hanya berpendapat yang anugerah ini hanyalah memberi peluang untuk peminat-peminat sama ada yang hadir pada malam itu atau pun mereka yang hanya menonton di kaca tv, untuk menjamu mata secara percuma. Anugerah Skrin sangat mendukacitakan kerana bukan sahaja hambar, persembahan yang biasa-biasa, membosankan, dan sangat teruk. Teruk dari segi apa? Pakaian artis.




Jom kita belek satu-satu!


Jika diperhatikan ibu mereka di hujung sana, mungkin tak sangka anak-anak gadisnya tidak mampu mengikut cara ibu mereka mereka berpakaian. Mereka suka berkemban seperti baru keluar dari tandas awam.




Pujian harus diberikan kepada selebriti ini. Bukan sahaja popular, malah imej pun bersih. Pakaian pun glamour tetapi tak perlu pun berkemban? Tetap vogue! Keep it up!




Suka dengan Lisa Surihani. Imej bersih. Kan kan?




Maaf. Saya tak kenal siapa selebriti ini. Mungkin terpaksa mendedahkan sana sini untuk dikenali ramai. Kasihan. Desperate.




Ya! Inilah yang saya cari! Cantik. Vogue. Dan sopan! Tahniah Ziela Jalil!




Cantik. Beg tangan sahaja.




Artis ini memang pandai bergaya. Dan memang suka berkemban sejak dulu. Tak tahu nak kata apa. Senyum.
 



Saya suka Jue Aziz dalam drama Janji Kekasih. Bertudung. Sangat cantik. Tapi malam itu, dia tidak cantik apabila menampakkan lurah dendam. Seperti GRO kelas atasan. 




Ini satu pencapaian hebat untuk meletakkan filem Malaysia di peta dunia. Kalau artis Hollywood boleh berkemban, artis kita pun boleh juga. Artis kita pun berebut-rebut nak tunjuk ketiak siapa paling putih, dada siapa paling montok, paha siapa paling gebu. Ya. Berebut seperti penumpang yang sedang berebut nak naik bas kilang. 
Populariti tak semestinya kena buat itu semua. Ok. Dan kepada station TV berkenaan, silalah ketatkan peraturan dan etika pemakaian artis untuk ke anugerah yang kononnya berprestij itu. Kerana anugerah seperti itu bukan ditonton oleh kanak-kanak terencat akal yang tidak tahu apa. Tetapi ditonton oleh kita semua yang punya cukup akal untuk menilai.



 Selamat beramal!




Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
January 2, 2011 at 5:01 PM delete

hehe,pedas tapi bermakna....alhamdulillah jika kita sedar betapa inilah kebejatan masyarakat yang melanda kita semua....

Reply
avatar
January 2, 2011 at 5:40 PM delete

huhu..artis skunk...bajet hot..huhu

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...