Suatu ketika dulu..kau,aku,dia, kita sama-sama kan?


1 Disember. Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai. Dan bersedia mengalu-alukan kemunculan satu lagi tahun yang baru. Angka baru. 2011. Senyum. Bersyukur kerana Tuhan masih lagi memberi peluang untuk terus berjuang di muka bumi kepunyaanNya. Berjuang melawan setiap ujian yang diberikan. 


Ingat lagi macam mana dulu di sekolah. Aku dan kau. Kita sama-sama pegang tanggungjawab. Kau pengawas koperasi yang kira duit sepanjang masa. Dan aku. Pengawas persputakaan. Skema mungkin. Ketawa. Yang pasti, kita pernah balik sekolah sama-sama jalan kaki. Itu pasal kaki kita slim. Ke?



Kau tahu, kalau ada award untuk anugerah persahabatan paling lama dan paling kukuh serta paling setia tahun 2010, kau rasa siapa menang? Pasangan AD-ADANI, SHIMA-HIDAYAH, ZILA-JANNAH, atau ISMA-HANA? Mesti la ISMA-HANA! Pasangan paling cool dari zaman sekolah. Senyum.



Dan kau Suraya! Ingat sikit! Pelukan kau tu bukti yang kau dan aku juga sama-sama pernah mempunyai satu jiwa yang sama. Sama-sama gelak. Sama-sama menangis. Dan kita pernah buat kuih raya sama-sama. Aku takkan lupa macam mana kau baling kuih raya aku. Gara-gara penat puasa. Hahaha. Kot ye pun penat berpuasa, jangan la kuih tu jadi mangsa. Ganas la kau ni. Haha.


Kau dan dia. We are born to be together. Walaupun kini kita tidak lagi bersama. Atas alasan apa aku sampai kini tak mengerti. Tapi tak mengapa. Yang penting kau dan dia pernah bersama-sama mengiringi perjalanan aku. Sama-sama berpimpin tangan. Ingat lagi tak kalau kita nak melintas jalan raya, siapa yang paling takut melintas? Aku kan. Siapa yang pimpin dan jaga aku? Kau dan dia kan? Aku cuma pejam mata. Kamu berdua yang pimpin aku. Senyum. (syukur aku hidup lagi)


Walaupun ada yang menang award persahabatan paling kukuh dan setia, dan walaupun ada yang tidak menang award itu, tapi percayalah. Kalian masih segar di ingatan. Ya. Persahabatan itu akan kekal selamanya walaupun kita tidak berpeluang untuk bersua lagi. 

Yang penting..kita pernah sama-sama.
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...