Salam semua.
Hari ini tak berapa sihat. Tengah bergelut dengan penyakit yang setia datang setiap bulan.
Grrr...Lumrah perempuan.
Sedang menahan sakit.
Muka ketat. T_____T
Ya. Senggugut dialami oleh gadis. Ada ke kaum lelaki yang senggugut? Mungkin ada. Sebab itu mereka tak larat ke masjid menunaikan sembahyang Jumaat. ?!
Kenapa iklan tuala wanita sekarang makin berleluasa? Saya teringat dulu-dulu zaman mak kita muda-muda balik dari kedai mesti bawak satu bungkusan yang dibalut menggunakan surat khabar. Bila saya tanya, apa yang mak beli, mak akan memarahi saya. Katanya budak-budak tak boleh tahu. Itu rahsia wanita. Ya rahsia.
Sekarang dah tak rahsia lagi?
Ketawa.
Ada banyak iklan tuala wanita di televisyen sekarang. Ada yang menggunakan buah tembikai. Motif? Buah tembikai itu perumpaan apa sebenarnya? Berfikir sejenak. Ketawa.
Jom kita tengok iklan
Iklan tuala wanita jenama Libresse
Iklan tuala wanita menggunakan buah tembikai
Wah. Rasa macam dah tiada rahsia lagi pasal hal ni. Malunya. Merah muka. Tapi iklan yang nombor dua tu agak kelakar dan direct to the point. Ya baru saya faham tembikai tu apa. Eh besarnya. Saya tak mungkin buah tembikai. Tembikai susu je. Kecil sedikit. Erk. Tersengih.
Kadang-kadang iklan menggunakan banyak cara untuk menarik pembeli. Walaupun ada golongan yang kurang selesa apabila topik rahsia ini diperkatakan dengan selamba di kaca tv tanpa ada apa-apa selindung. Terutamanya golongan yang tua. Macam mak saya. Dia marah iklan sebegini. Katanya itu hal dalam kain. Itu pendapat mereka. Pendapat muda mudi pula mungkin tidak kisah dan lebih berfikiran terbuka dalam hal ini.
Kalau dulu saya juga malu untuk menonton iklan begini jika bersama orang lelaki di sekeliling saya. Terasa macam rahsia dah terbongkar. Ketawa. Dan saya tidak akan sesekali menyuruh sesiapa membelikan tuala wanita melainkan diri saya sendiri. Walaupun di luar sana agak ramai kekasih hati yang bermurah hati membelikan tuala wanita untuk si buah hati. Eh banyaknya hati. Em kalau saya, biarlah saya pakai suratkhabar untuk alas dari menyuruh orang lelaki yang membelikan untuk saya. Ketawa. Malulah.
Anda pula bagaimana?
Malu?
Sedang malu?
Tidak malu?
Malu-malu?
Malu?
Sedang malu?
Tidak malu?
Malu-malu?
Malu dalam tangisan?
Pilih-pilih.
Ketawa.
Pilih-pilih.
Ketawa.
5 komen
Write komenhehehe..saya rela beli sendiri daripada menyuruh org beli..but x penah terdetik di hati mok pakai surat kaba lak.. :P
Replymalu kan??lg2 iklan yg adibar noor tu..malu seh!!deela nak suh ayah tolong belikan pun malu..beli kat supermarket tersorok2 masa nak byr!!hihihi
Replykakaka
ReplyKetawa dan tersengih.
Replygedik je nak malu2!
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon