Lelaki Hensem

Capai Laptop Dell putih.
Switch on.
Lantas tangan menaip Facebook. 
Buka wall seorang sahabat lama.
Ya. Dia handsome. Sejak di bangku sekolah lagi. Dan seleranya juga tinggi.
Sebab itu dia tak pilih saya?
Erk.
Ketawa. 



Baik. Lelaki handsome selalunya selera tinggi. Gaya hidup juga menampakkan mereka seorang yang bergaya elite. Dan saya pasti mereka juga menitikberatkan penampilan. Kalah perempuan!
Berbalik pada sahabat lama yang handsome. 
Saya perhati.
Teliti.


Gayanya, cara pemakaiannya, cara dia bergambar, siapa kawan-kawannya, siapa teman wanitanya.
Seolah-olah sahabat saya ini mempunyai satu garis panduan dalam memilih setiap itu. 
Nampak sempurna pada pandangan saya.
Ya. Saya akui. Sahabat saya ini bukan sahaja berimej kosmopolitan, malah dia juga dari keluarga yang boleh dikatakan agak berada. 
Ya. He's somebody.


Eh. Kenapa saya membuat liputan mengenai diri dia?
Senyum. 
Kagum dengan setiap ciptaan Tuhan.


Cik Aish - Siapa-siapa nak kenal dia, maaf. Dia sudah bertunang ye.
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...