Terima kasih Cik anonymous!

Salam dan selamat berhujung minggu semua.
Penat dah beransur hilang. 
Dah boleh update blog dengan tenang. 
Cuti sekolah pun dah nak dekat penghujung. 
Sebut pasal cuti sekolah, saya pernah mengulas mengenai guru GSTT di SINI


Dan Alhamdulillah ada yang setuju dengan pendapat saya. 

hayati said... 
salam,
Rasa terpanggil utk memberi komen pada entri ini. Benar sangat, ilmu dan skroll bukanlah satu-satunya yang diperlukan dalam melaksanakan tugas. Pengalaman yang terpenting dan mematangkan setiap individu. Perlu diingat, cabaran sebagai GSTT sangat besar, bayangkan mengharungkan kehidupan sebagai guru dengan hanya berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diasah sendiri tanpa latihan formal (bakat mereka patut mendapat perhatian sewajarnya)...
 
 
Terima kasih atas komen anda. 
Tapi lain orang lain pandangan. Betul kan?
Dan saya suka dengan komen seorang hamba Allah siapa lagi kalau bukan Cik anonymous. Maaf saya tak publish komen anda di entry itu. Saya lebih suka publish di sini.
Senyum. 
 
 
Anonymous said... 
oh ye lagi satu aku nak komen.
kau dulu cikgu gstt ke? macam tak sesuai je dengan gaya gambar2 kau letak kat tepi tu, kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung. pastu asik stereotaip kat lelaki je keje kau dalam blog ni. tak patut2. cikgu bukan sekadar mengajar dengan pengalaman. tapi perlu skill. sorrylah aku terkomen banyak kat sini.sebab aku rase, kalau kau boleh taip macam tu, aku pon boleh haha walaupun aku tak grad lagi. aku sampaikan juga pendapat pensyarah2 upsi ni.kalau kau rasa aku salah, mehla bincang dengan pensyarah2 aku kat sini.
 
Saya cuma mampu tergelak dengan komen cik anonymous ni. 
Mungkin dia tak kenal siapa saya. Tak kenal apa pendirian saya. Dan tak tahu apa prinsip saya. Dan mungkin dia tak pernah tahu yang manusia boleh berubah untuk menjadi lebih baik.  
 
 
Ya. Saya mengaku saya memang tidak bertudung dulu. Tapi Alhamdulillah profesion guru yang sangat murni ni telah sedikit demi sedikit mengubah diri saya. Dan terus terang saya katakan saya sudah pun berniat untuk bertudung sebelum bergelar guru GSTT lagi. Tapi perlukah saya menghebohkan satu kampung akan niat saya ni? Tak perlu rasanya. Dan perlukah saya memberitahu setiap gambar-gambar saya itu bila tarikhnya? Ya. Itu adalah gambar lama. Tapi tak perlu rasanya saya nak menghebohkan pada orang.. Weh ni gambar lama. Weh ni gambar baru. Perlu ke? Tapi mungkin cik Anonymous terlalu naif dalam mengkeji orang lain.  
 
 
Satu jari menunjuk orang, 4 jari lagi menunjuk pada diri kita ya cik Anonymous. 
Senyum.
 
 
 




eh ada lagi komen.


Anonymous said... 
gua belajar di upsi dan gua tidak setuju ape lu tulis ni. eh mana kawan aku yg komen tadi tu?? kau tak approve lagi ke?haha. aku nak cakap macam ni je. memang rezeki masing2 punye, tapi kite usehe untuk mendapatkan rezki dan martabatkan profesion sesuatu bidang. aku rase orang yang taip dalam warne pink tu tak pandang enteng kat cikgu gstt, tapi kalau ikut teori aku dan budak2 upsi lain, kami memang geram gak bila dilakukan seperti anak ayam. kau belajar ape mase stadi universiti dulu? aku harapla kau dapat kerja ikut apa yang kau belajar dulu. dan mungkin kau ni kena baca banyak lagi pendapat budak2 pendidikan, tak semestinya upsi, tapi u lain juga. dan kau kena luaskan bacaan kau terhadap isu2 pendidikan sebelum nak bagi pendapat kau yang asik2 rezeki masing2 tu.
ye, memang rezeki masing2. dan kalau kau tak dapat kerja dalam bidang yang kau belajar di u kau dulu lepas ni, aku nak tolong gelakkan kat kau sebab kau cakap rezeki masing2 kan.
kau putus cinta pon sebab kau takde rezeki ke?entah aku tengok kau punye blog ni asik pasal cinta je asik salahkan lelaki je.ok aku lelaki yang sedang stadi di upsi dan aku takde blog. hahakalau semua orang kat malasyia ade fikiran macam kau, aku nak ajak semua rakyat malaysia jangan cari kerja lain, semua kerja cikgu je kan senang. ade skroll ke, takde skroll ke, jadi je lah cikgu.tak payah memekak2. =))aku tak pandang rendah kat gstt, cuma sebagai siswazah pendidikan, aku rase terpanggil nak komen dan aku rase kelakar apa yang kau tulis ni.ibarat anak harimau yang belum tumbuh taring, tapi nak berlawan dengan bapak singa.haha... aku gelak kat kau sebab fikiran sempit. pastu 10 tahun akan datang kita tengok apa yang akan berlaku terhadap remaja . dan pendapat kau kat atas ni pun kelakar.sebelum kau gelakkan orang lain, kau kena gelakkan diri sendiri.
Terima kasih cik Anonymous atas susah payah mengomen panjang lebar dalam blog saya.
Ketawa.


Tulisan merah.
Cik anonymous, benar, kita kena berusaha untuk mencari rezeki. Dan anda berasa marah bila rakan-rakan anda ditolak permohonannya untuk menjadi GST. Bukankah itu maknanya belum rezeki anda lagi? Ya. Usaha sebanyak mana pun tapi jika Tuhan kata itu bukan rezeki kita, anda perlu bising riuh sekampung marah-marah kementerian sebab tak bagi anda job pada anda yang kononnya pandai bijak belajar 4 tahun? Begitu ye? Tak redha dengan apa yang Tuhan tentukan? Ketawa. Janganlah terlalu bongkak mengulang banyak kali yang anda siswazah pendidikan yang belum grad lagi. Senyum. 


Tulisan kuning. 
Saya putus cinta bukan sebab takde rezaki ye Cik Anonymous . Tapi kerana jodoh takda. Dan saya percaya dengan setiap ketentuanNya. Dan Alhamdulillah Tuhan sudah temukan saya dengan seorang yang lebih baik sekarang ni. 


Tulisan hijau.
Kan saya dah cakap, tak elok membongkakkan diri. Ya. Saya hanya guru GSTT. Kerdil di mata awak. Awak adalah bapak singa. Bakal guru tetap suatu hari nanti. Tapi sayang. Awak tak belajar untuk merendah diri dan memahami orang lain. Bagaimana agaknya awak nak memahami pelajar-pelajar awak nanti ye? 
Ketawa sinis. 
 

 

Baiklah walaupun saya ni kerdil, saya tak bodoh. Saya menghormati pendapat semua orang. Dan saya kongsi dengan pembaca di blog ini. Tapi awak hanya tahu mengkritik secara sorok-sorok. Walaupun awak adalah Cik anonymous, saya kenal siapa awak. Tapi saya tak suka untuk menghebohkan nama awak di sini. Cukuplah sampai di sini. Terima kasih daun keladi. Lain kali komen lah lagi. 
Salam semua!


Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
FadhDeela
AUTHOR
December 18, 2010 at 11:26 PM delete

wahhh mcm hangat jer entry cik Aish kali nie..mlm nie br sempat nak bukak blog kwn2 smua..ermm xpe la cik aish sabo jer la..pendapat kita xsmuanyer sama ngan org lain..yg penting hati kita..biar ALLAH jer yg nilai niat n ape yg kita wat..insyallah kalo ikhlas pasti kita BERJAYA walaupun kita bkn kelulusan yg TINGGI mengunung..cooll!! hihi

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 20, 2010 at 9:16 PM delete

tu lah..takpelah..mekasih..:)

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...