Salam semua.
31 Disember 2010.
Hari terakhir bagi tahun yang amat menyiksakan.
Menyiksa jiwa dan membunuh perasaan.
Sehingga pernah membuat sang hati mati.
Termenung. Diam.
Kali ini aku agak serious. Tapi tidak lah se"serious" mana. Ala kadar sahaja. Semakin hari aku jadi semakin tak rasa apa-apa. Penat untuk berlagak happy. Bagai empunya badan tiada sedikit pun masalah yang menjenguk. Ya. Aku sedang berlagak orang yang paling bahagia di dunia ini. Kenapa? Tak salahkan?
Kepada insan yang lahir pada 5 September itu. Semoga kalian terus bahagia disamping insan tersayang. Syabas dan tahniah apabila kalian mampu tersenyum gembira. Semoga tahun yang baru ini aku juga akan tersenyum bahagia seperti kalian. Allah itu Maha Adil..
Saya doakan awak bahagia bersama si dia.
Sudah lumrah manusia itu sukakan kecantikan serta kesempurnaan. Bila aku pandang gadis luar sana yang cantik..aku akan puji dalam hati. "wah,jelita nya kau..beruntung...." sambil tertunduk aku terus berkata lagi. "kan best kalau aku jelita macam kau,mesti kekasih aku dulu tak sakitkan hati aku". ok sori merepek.
Keep on asking myself...
Kenapa selalu beremosi??? Eh tidaklah..Mana ada. Sekadar memujuk hati. Pada awal tahun 2010 aku hanya mampu menangis. Kata orang hidup tak mau.mati tak mampu...hari-hari aku macam meaningless. Aku keep on asking myself..."kenapa aku lalui semua ni??".
Mute sekejap background music di sidebar dan dengar lagu ni. Ini lagu yang awak bagi saya dulu. Terima kasih.
Bukan mudah untuk kita terima perubahan...sakit.perit.pedih. Apa pun orang nasihat kan aku..masa tu je aku ok. Lepas tu, aku kembali untuk terus berkata. "aku tidak mahu teruskan hidup". Terlalu banyak langkah perjalanan hidup aku..aku korbankan demi cinta aku terhadap seorang lelaki....
Dan ada ketikanya aku terfikir yang adalah lebih baik jika perpisahan antara aku dan dia kerana ajal...bukan kerana dikhianati..perasaan cinta itu indah..jangan ada khianat.jujur dan setialah..Itu lah keadaan aku yang mungkin tidak terurus di awal tahun 2010. Siksa kan? Sehinggakan aku tidak tahu macam mana rupa "kebahagiaan".
Benar kata orang..bila kita cuba untuk bangun dari kegagalan yang lepas, kita pasti akan jatuh lagi. Seolah kita bayi yang cuba bertatih. Aku mohon Ya Allah. Jangan Kau tarik ketabahan ini. Jangan Kau lemahkan semangat yang mula untuk marak dalam diri aku ini. Kerana semuanya amat menyiksakan. Sangat tak tertanggung dek aku....
"apabila Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik,Dia akan menguji dengan sesuatu yang sukar untuk kita terima,dan ingatlah Allah itu sedang menegur..."
Tuhan,terima kasih untuk ujian yang lalu...................
Semoga di tahun yang baru ini, aku membuka satu lagi lembaran yang baru. Hidup yang baru. Semangat yang baru. Walaupun kadang kala perasaan aku sedikit terluka dek manusia sekeliling yang mungkin tak pernah atau cuba untuk memahami diri ini, aku mengerti. Kerana hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ini. Yang mendengar tangisan diri ini. Syukur Tuhan masih sayangkan aku.
Malam ini, detik 12 malam, akan ku buang jauh-jauh memori tahun 2010 yang menyakitkan. Dan parut luka ini akan aku rawat kemas-kemas sendiri. Ya. Sendiri.
Selamat Tahun Baru Semua!
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon