Bagaimana menguruskan stress

Dua tiga empat lima hari kebelakangan ini ada sedikit stress dan kegurisan hati melanda. Ceh Ayat.. Kalau remaja lain dah konfirm lari dari rumah atau melepak dengan rakan-rakan sebaya sambil dengan penuh bangga menghisap rokok. Hehe. Pelislah. Tu cara remaja tak bertamadun. Meh sini aku nak share cara nak hilangkan stress dengan lebih berkesan dan ilmiah. Eh?


Shopping
Ya. Shoppinglah semahu-mahunya. Kerana kau akan puas sepuas-puasnya selepas bershopping. Nak nak pula masa karnival jualan murah akhir tahun ni kan? Macam aku semalam. Aku telah bershopping sepuas-puasnya. Beli baju, tudung, kasut, baju kecik, ops! Tapi cara ini pastikan wallet korang tebal. Bukan dengan resit ye. Tapi tebal dengan RM!! Kalau time korang shopping tu tetiba lak kan duit takde dalam wallet, jangan cari aku. ngee..



Menonton wayang
Ok. Kalau nak tengok wayang, ada jenis-jenis filem yang korang boleh tengok. Ikut kesesuaian ye adik-adik. Kalau stress sebab cinta tak kesampaian, pastikan filem yang korang nak tengok tu bukan filem cinta. Aku taknak dengar kes baling-baling popcorn, sedu sedan, sok sek dengan hingus dalam wayang tu nanti. Aku sarankan korang tengok filem aksi atau yang lagi berkesan filem komedi. Masa ni lah korang leh buat-buat gelak besar supaya stress tu boleh dirembes keluar. Dah macam biologi pulak aku rasa nih.


motif gambar : pakcik ini mungkin stress dengar leteran bini di rumah. so dia g minum ngn kawan-kawan dia.


Lepak minum dengan kawan. 
Kalau cara nombor satu dengan nombor dua tadi memerlukan kos yang agak tinggi dan mungkin tak sesuai untuk remaja-remaja yang baru nak tumbuh bulu, aku sarankan korang hilangkan stress dengan cara ajak kawan minum. Bukan di Stabak atau Seckret Resipi ye. Kedai mamak cukup. Teh kosong pun dah memadai. Yang penting korang dapat bergosip dan berborak sakan dengan kawan-kawan korang. Aku tak sarankan korang ajak skandal. Itu akan lebih memparahkan keadaan. Ajak kawan-kawan gile korang okay.



Tidur. 
Baik sekiranya kesemua pilihan di atas korang tak mampu nk follow sebab mungkin korang pokai tahap seposen pun susah nak cari dalam wallet, dan kalau menyusahkan korang nak tebuk tabung memasing, tak payah k. Guna je cara ni. Tidur. Kadang-kadang tidur dalam keadaan stress ni nikmat. Orang kata mesti leh mimpi best-best. Mimpi apa..tu aku tak leh nak bagitahu. Ni bukan blog lucah. Harap maklum.


Ok. Jadi ni lah cara aku untuk hilangkan stress. Jangan jadi remaja yang tidak bertamadun melepak hisap rokok terkangkang-kangkang depan shopping complex tu ye. Sebab kalau shopping complex tu boleh cakap, depa akan kata apa tau..

Syuh. Syuh. 






Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
E'in
AUTHOR
December 14, 2010 at 1:32 PM delete

ein lau stress akn shopping, karok n tgk wayang..

Reply
avatar
FadhDeela
AUTHOR
December 18, 2010 at 11:36 PM delete

kita kalo stress kita TIDO, cakap smpai xcukup napas!! hihihi

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...