GSTT Bakal diserap ke jawatan tetap secara berperingkat jika mengajar lebih 3 tahun
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak akan memberhentikan sebahagian daripada 12,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang bakal tamat kontrak tahun ini.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia bagi memastikan kekurangan tenaga pengajar di sekolah dapat diatasi dan pendidikan pelajar juga tidak akan terganggu. Bagi guru GSTT tamat tempoh perkhidmatan tahun ini mereka tidak diberhentikan, malah bagi mereka yang sudah menerima surat diberhentikan perkhidmatan, ia akan ditarik balik. Kita mempunyai guru GSTT yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah. Semua guru direkrut Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), katanya di sini, semalam.
Bagaimanapun katanya, kementerian sudah membuat keputusan tidak membenarkan JPN melatih guru GSTT, sebaliknya akan diselaraskan dengan lebih sistematik.
Mohd Puad berkata, guru GSTT yang sudah lama bertugas diserap ke jawatan tetap secara berperingkat melalui kursus dalam cuti atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) berdasarkan tempoh pengalaman bertugas sebagai guru GSTT. ......(sumber berita harian online)
..................
Senyum.
Benar. Profesion perguruan sebenarnya bukanlah untuk mencari wang ringgit semata-mata. Malah lebih daripada itu. Niat ikhlas untuk memajukan anak bangsa dan mendidik mereka supaya menjadi manusia. Dan jangan pula anda menjadi guru tanpa ada minat. Kerana saya percaya tanpa minat, pasti sukar.
Ada seorang umat manusia yang saya minat penulisannya mengenai topik ini.
"Hairan bila mana, ada insan yang telah lama menuntut ilmu dalam bidang pendidikan selama 4 tahun, diulangi EMPAT TAHUN digagalkan dalam temuduga untuk menjadi guru sandaran siswazah terlatih, namun mereka yang tidak menuntut dalam bidang PERGURUAN pula sewenang-wenangnya diserap masuk ke dalam sistem pendidikan."
"Kasihan melihat mereka yang memang minat dan menuntut ilmu dalam bidang pendidikan selama 4 tahun langsung ditolak tepi tapi mereka yang TIDAK TERLATIH pula "dipandang tinggi"...
Ulasan dan pandangan beliau, saya hormati dan saya terima dengan fikiran yang terbuka. Dan saya juga ingin mengulas mengenai pendapat beliau. Bukan untuk membangkang malah sesekali pun tidak ada niat untuk menegakkan siapa benar siapa salah.
Senyum.
Terlebih dahulu saya suka dengan ayat ini.
Jika tiada rezeki di sini, mungkin ada rezeki di tempat lain. Bumi ini luas. Bukankah Tuhan telah menetapkan rezeki kita masing-masing?
Secara hakikinya, benar. Adalah menjadi tanda tanya kepada mereka yang sudah berhempas pulas belajar selama 4 tahun tetapi digagalkan dalam ujian temuduga untuk menjadi Guru Sandaran Terlatih (GST). Jika saya di tempat mereka pun, saya akan kecewa.
Tapi pernahkah kita semua terfikir nasib sebahagian guru-guru Sandaran Tak Terlatih yang sudah menabur baktinya selama lebih 3 tahun? Tanpa teori yang mereka pelajari di mana-mana maktab? Tetapi berkat usaha, niat yang ikhlas, dan kegigihan mereka belajar secara praktikal setiap hari menjadikan mereka lebih berpengalaman berbanding mereka yang belajar teori di universiti selama 4 tahun!
Graduan kini ramai yang menganggur. Majikan cari apa pada diri mereka? Adakah cukup skrol dan transkrip? Cukup dengan ilmu teori selama 4 atau 5 tahun di universiti? Sekiranya itu sudah memadai, saya boleh saman majikan yang tidak memilih saya bekerja di firma mereka kerana saya juga punya kelulusan belajar selama 4 tahun!
Ketawa.
Tapi apa yang majikan cari? Ya. Pengalaman. Itu lebih berharga. Dan berbalik pada isu guru. Saya berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran yang bijak membuat keputusan dengan mengambil kira nasib GSTT. Walaupun saya sendiri baru berkhidmat selama setahun, tetapi saya gembira jika rakan seperjuangan saya yang sudah berkhidmat selama lebih 3 tahun, diserap menjadi guru tetap. Kerana naluri saya berkata, mereka layak.
Guru tidak sepatutnya berfikiran negatif.
Jadi janganlah sesekali memandang enteng kepada golongan GSTT.
Teori sahaja kadang-kadang tidak cukup.
....Sambung baca suratkhabar.
Nota kaki - murid-murid jangan pening. Ketawa.
3 komen
Write komensalam,
ReplyRasa terpanggil utk memberi komen pada entri ini. Benar sangat, ilmu dan skroll bukanlah satu-satunya yang diperlukan dalam melaksanakan tugas. Pengalaman yang terpenting dan mematangkan setiap individu. Perlu diingat, cabaran sebagai GSTT sangat besar, bayangkan mengharungkan kehidupan sebagai guru dengan hanya berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diasah sendiri tanpa latihan formal (bakat mereka patut mendapat perhatian sewajarnya)....
ohh..baru tahu pasal isu nih.
Replycomelnye cikgu!! aja saya!! aja saya!!
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon