Lelaki Dan Boxer Pink Bunga-Bunga. Erk!


Auww..Maaf. Geli hati sebenarnya nak cari gambar yang sesuai dengan tajuk entry. Apakan daya. Mr google hanya mampu beri ini sahaja. Tatap jika mahu. Pejam mata jika anda khuatir hormon testeron anda akan naik mendadak! 
Ketawa.

Trend kaum lelaki sekarang makin pelik. Ya. Tak faham kadang-kadang. Jadi bingung. Tergelak pun ada. Kenapa ya mereka suka pakai seluar londeh? Wah..Sajalah tu nak tayang jenama boxer masing-masing. Renoma la, Kelvin Klein la. Cap Ayam ada? 

Hanya rasa sedikit geli hati lihat kaum lelaki yang melondeh-londehkan seluar mereka. Motif? Saya tak rasa itu sebagai "seksi" tapi hanyalah "seksa" bagi mata saya melihat. Kaum perempuan semua jangan tak tahu ya, mereka juga punya satu keinginan untuk menjadi perhatian kita semua! Sehingga sanggup menayang boxer pink bunga-bunga di bus stop! 
Ketawa lagi. 

Wah. Sudah maju ye anak-anak muda kini. Tak sangka pula mereka sukakan pakaian dalam mereka berwarna pink. Tak kisahlah. Pakaian dalam. Siapa nak tengok? Tapi bila mereka melondeh-londehkan seluar tu, bererti mereka mahu kita semua perhatikan mereka!


Ya. Saya mengaku saya ada terpandang seorang jejaka yang pada pandangan saya memang cukup pakej untuk dipilih kategori jejaka macho 2011. Tapi sayang, seluar londehnya menampakkan boxer pink bunga-bunga ala-ala ros. Terus melemahkan nafsu saya ya untuk beri award pada lelaki ini. Kerana bagi saya hilang segala kemachoan dia. Hehe.

Cik Aish - Suka kaler merah!

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :