Tun Dr.Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh. Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Nak tahu lebih lanjut boleh klik kat SINI
Betul juga ya. Sangat setuju. Sebab itulah mak-mak kita dulu suka simpan barang kemas. Nenek moyang kita dulu pun banyak simpan barang kemas. Ada yang letak bawah bantal la..dan ada juga yang macam mami jarum. Nah..gelang sampai ke pangkal lengan. Kelas gitu.
Macam yang pensyarah aku cakap dulu. Emas dan tanah adalah dua aset yang mempunyai nilai appreciation. Tak faham? Macam ni. Kalau kita beli tanah atau emas 10 tahun yang lampau, dan tiba-tiba sekarang kita nak jual semula. Jangan terkejut kalau nilai harganya tinggi berbanding harga semasa kita beli dulu. Sebab nilai tanah dan emas sentiasa naik.
Tapi kalau kita beli handphone 2 tahun lepas. Tiba-tiba gatal tangan nak beli handphone baru, so kita jual handphone lama, jangan marah tokey kedai kalau anda dapat tak sampai 10 peratus harga asal handphone tersebut. Kerana nilainya turun atau kita panggil depreciation.
Macam tu jugak dengan nilai RM50. Kalau dulu mungkin kita boleh beli macam-macam dengan duit tersebut. Tapi RM50 sekarang mungkin agak sesak nafas nak hidup. Ini kerana nilai wang makin turun.
Nasi lemak dulu 50sen. Sekarang?
So apa kata kalau kita sahut apa yang Tun Dr Mahathir ni kata. Baik kita simpan emas dari simpan duit.
We buy when the price low and we will sell when the price high.
Untung ma...Renung-renungkan!
2 komen
Write komenbtul..kita ada mas moyang kita pnye dulu..saje jer g tnye kat kedai mas..hahahaha harga dia tinggi wooo..mari kita beli mas!!
Replyhaha tau tkpe..untung kan...;p
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon