I-City Lip Lap Lip Lap Bikin Mata Rambang!

Penatnya. Tapi nak update juga blog yang lama ditinggalkan. Lama ke? 4 hari. Dan terima kasih pada seorang hamba Allah yang telah merajinkan diri memberi komen pada entry saya baru-baru ini. Jangan risau. Jangan tertunggu-tunggu. Saya pasti membuat entry mengenai anda dan komen anda. Cuma masa saya sedikit sibuk sekarang.
Senyum. 



Sebenarnya tempat ni memang sudah basi di kalangan korang yang dah pernah pergi kan. Yelah. Saya memang sedikit ketinggalan zaman. Sejak dulu lagi teringin nak pergi tapi belum berkesempatan. 
Ya. Mana lagi kalau bukan I-City Shah Alam!




So rasa nak pergi lagi tak? Harusss..
Untuk korang yang belum pernah pergi lagi, jom pakat datang ramai-ramai. Dan jangan lupa bawa sekali kamera korang yang canggih-canggih tu. Sebab kalau guna kamera handphone ke, kamera yang guna kodak ke..mungkin gambarnya tak berapa nak cantik. Jangan jadi macam saya ye..kamera pun cap ayam je! Gambar pun cap ayam jugakkkk...


Sedikit info tentang i-city
Bukan funfair atau konsert ye.
Cuma taman yang banyak decoration lampu lip lap lip lap
Dan bila banyak lip lap lip lap, maknanya dorang kena bayar bil elektrik pada Tnb
Dan itu bererti kita pun bukan free-free je masuk.
Satu kereta RM10 je. Tak mahal pun. Tak kira ikut kepala pun.
Nak jimat, silalah penuhkan kereta..kalau mampu,masuk dalam bonet sekali. Ramai-ramai pun tetap bayar rm10 jugak!


Oklah. Nak tidur. Hujan lebat siap pakej bantal gebu. Memang harus tidur time-time gini.

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...