Salam sejahtera.
Selamat bercuti dan berhujung minggu.
Muka agak letih hari ini gara-gara tidak cukup tidur.
Ah..bila emosi terganggu mungkin laptop Dell putih ini yang akan saya hadap sehingga pagi mencari teman berbual agar lupa sebentar anasir luar yang mengacau jiwa.
Senyum.
Tengahari dengan cuaca yang baik seperti sekarang membuat saya lebih tenang. Lalu memikirkan apa yang terjadi semalam. Termenung. Lalu saya capai Dell putih saya.
"Baiklah, aku akan dengar nasihat kau." teriak hati.
Saya buang satu-persatu gambar lama. Mungkin sebelum ini saya rasakan ianya tidak perlu. Cukuplah sekadar mereka terdekat sudah tahu bahawa saya kini bertudung. Dan saya cuba untuk perlahan-lahan mengubah diri saya. Saya tidak perlukan sesiapa untuk menyuruh saya melakukan itu dan ini. Tapi saya perlukan teriak hati yang berbisik menyuruh saya melakukannya. Dan saya akur kehendak hati. Itu lebih ikhlas.
Alhamdulillah kini hati saya sudah terdetik untuk mendengar kata-kata si dia. Buanglah setiap gambar lama itu. Kerana setiap mata yang memandang akan mengecas dosa ke atas saya. Berterusan. Saya pernah mengadu pada seorang teman baik saya. Dan dia menasihatkan saya untuk akur. Dia kata jangan berikan alasan bahawa saya tiada masa untuk membuang kesemua gambar lama tersebut. Senyum. Hendak seribu daya. Saya mengerti itu, kawan.
Saya akan cuba untuk mendengar kata dan menolak ego saya jika itu demi kebaikan saya. Walaupun blog saya yang sudah berusia hampir 2tahun ini mengandungi banyak gambar lama saya, saya akan cuba untuk buang sedikit demi sedikit.
Senyum.
Terima kasih kerana menegur.
Nota tapak kaki :
1. Mula membuat senarai barang-barang untuk ke Switzerland pada bulan Mac nanti.
2. Mula membaca tulisan seorang blogger handsome yang sarat ilmu pengetahuan. Menarik.
3. Hand phone sudah dibiarkan entah di mana. Kembali ke tabiat asal membiarkan ia bersepah sana sini.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon