The Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2010 yang sudah pun mula dibanjiri oleh ramai umat manusia bermula pada 26 November hingga 5 Disember. Anda sudah pergi? Jika belum, apa salahnya luangkan masa dan gigihkan diri anda untuk ke sana!
Perjalanan tidaklah jauh pun tapi ini sekadar berkongsi pengalaman aku yang baru saja pergi semalam. Hari redup. Hati pun senang. Tapi tak sangka pula terpaksa menunggu dalam kereta mencari parking dalam ribuan manusia dan kereta sehingga 2 jam! Pelik. Isnin hari bekerja. Mereka tidak kerjakah? Geleng kepala.
pakcik tengok apa tu? Belon MAHA ke? hehe
Ada banyak dewan di situ. Dewan yang mempamerkan bunga, buah-buahan, tanaman, ternakan, makanan. Dan pastinya dewan makanan yang menjadi tumpuan ramai. Mana taknya, perut sentiasa penuh dengan pelbagai makanan percuma! Ya! Percuma!
"Rasalah, tak beli tak mengapa"
"Marilah rasa coklat buatan Malaysia"
"Ini murtabak segera. Sedap! Cubala. Tak beli takpe. Cuba rasa dulu"
Ketawa. Mak, lepas ni kita pergi MAHA tak perlu makan tengahari dulu. Kita makan di sini sajalah mak! Percuma. Minum free pun ada! KEji ya...!
Setelah perut kenyang (ini statement keji) dan membeli serba sedikit, aku menaiki bas yang disediakan untuk ke tempat ternakan. Masa ini hari sudah mula hujan. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Walaupun gerimis, tetap gigih untuk ke sana ke mari. 2 payung cukup untuk menampung 7orang!?!
"Dik hujan tu. Marilah beli payung abang"
Aku hanya mampu senyum.
Dalam bas pun boleh jual payung? Kreatif! Nak jual payung jugaklah!
Beratur panjang
Sampai ke pusat ternakan, niat di hati hanya nak tengok kucing. Eh ada ke orang menternak kucing? Tak mengapalah. Tapi hari sudah lewat. Kucing pun dah kena simpan. Mereka risau kucing-kucing baka baik tu selesema agaknya. Ketawa. Oh ada banyak kambing di sini! Bau kambing baju aku. haha. Menarik trip aku ni.
Nak pergi lagi!
Cik aish - Drive balik malam-malam dalam hujan sampai viper kereta patah. Sangat bersyukur apabila berjaya survive memandu tanpa viper di highway tika hujan lebat ya!
1 komen:
Write komenah ko kalau pasal makan free mmg lah 2 jam dalam keta pun sanggup hahaha... kalau 1000 org yg dtg cam ko ni habihlah MAHA tahun depan lingkop!
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon