Lelaki vs Perempuan. Siapa suka main sorok-sorok status??

Salam.
Apa aktiviti hari ini? Ahad kan..
Tak pergi dating ke?
Pergilah tonton wayang..Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Hehehe. Promote sejak semalam. Mamat Khalid! Nak upah!


Sebelum aku terlalu ghairah menulis, aku takut terlupa. Nak wish dulu Congratulations pada seorang kawan lama. Dah selamat berkahwin. 3 tahun yang lepas. Pelik. Agaknya tak sempat nak beritahu aku akan berita perkahwinannya. Nasib baik terlintas nak click info dia. Kalau tak sampai anak 10 pun dia lupa nak beritahu. 
Ke nak sorok status dari aku?
Motif? Aku kekasih lama dia?
Ketawa. Tak kisahlah. 


LELAKI SUKA SOROK STATUS. SUKA SOROK MACAM MACAM
Tak tahulah kalau anda semua perasan atau tak. Contohnya di Mukabuku. Aku selalu perhatikan. Perempuan yang selalu ghairah (perkataan hari ini adalah ghairah hihi) tak kira la apa sekalipun. Jom kita terjah.




Perempuan lebih ghairah meletak gambar mereka. 
Ini aku taknak cakap banyak. Aku memang setuju.Aku sendiri letak banyakkkk gambar. Posing maut je belum letak lagi. Miahaha

Perempuan lebih ghairah letak in relationship with abang ali. Engaged with abang Kasim. Married with abang Dol.
Nama tu contoh sajalah. Ketawa. Motifnya nak kasi tahu sikit perempuan ni bila dah sayang memang setia gila! Konon taknak lagi biarkan lelaki lain mengorat mereka!

Perempuan lebih ghairah meletak gambar perkapelan, pertunangan, perkahwinan dan 
perceraian.  
Ops. Ada ke gambar perceraian? Yang tutup-tutup muka dengan selendang hitam kat mahkamah tu kot. eh tu artis jelah!


motif gambar : hensem. anak siapa lah ni

Baik.
Tapi..aku perhatikan. Kenapa perempuan je ghairah buat semua tu? Kenapa lelaki pula sebaliknya? Jom kita terjah lelaki pulak.


motif gambar : lelaki suka pukul perempuan. Miahaha


Lelaki tiada nafsu meletak gambar mereka. 
Aku kurang pasti sama ada mereka malu kot-kot mereka tak hensem ke apa ke. Kadang-kadang lebih rela letak kartun SpongueBob buat profile picture di Mukabuku tu. Lepastu bila kita tak approve dia, dia marah. Siapa yang nak approve SpongueBob? Hehe

Lelaki tiada nafsu meletak status mereka. 
Kalau single, mereka akan letak single. Kalau mereka in relationship, engaged atau married, mereka akan letak single jugak. Tak pun mereka tak letak langsung status tu. Tak pun yang lebih keji..mereka letak status tu tapi hide dari semua kecuali pasangan mereka saja boleh nampak. Muahaha. Semua dalam kepala aku okayy..Jangan le nak dok temberang. Burok bebenauu!


Lelaki tiada nafsu meletak gambar girlfriend, bini ke tunang ke apa ke.  
Mereka lebih suka letak gambar kawan-kawan mereka. Motifnya agar nampak macho dan tak ketara sangat jiwa tu ada taman! Tapi kalau ada yang letak pun, mungkin mereka hide dan hanya pasangan saja boleh nampak. Yang si pasangan tu pula tak tau pape punya la puji balak dia terharu gile sebab pakwe dia tayang dia kat kawan-kawan mukabuku dia. Padahal sebenarnya ko je leh nampak album korang tu. Hahahaha. 


Jadi..Apa nak jadi kapel2 sekarang?


Cik aish - i rela menjanda. Aouw
Previous
Next Post »

5 komen

Write komen
Linda Jae
AUTHOR
December 13, 2010 at 1:52 AM delete

hahaha.......cm terbalik la..ciri2 y ko tuju kt ats 2 kne kt aku bkn bf aku...wakakak....erkkk...tp nk wat cm ne..pswd mukabuku dia ada...reda je la..hahaha

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
December 14, 2010 at 8:31 PM delete

arghhhhh.......bila lak aku tumbuk mke ko ni..iz

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2011 at 11:55 PM delete

susah ni kapel ko nak membongak an...hahaha...

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...