SCENE YANG KITA NAK ELAKKAN TIME RAYA

Salam.. 

bila kawan kita mesej kata nak datang raya rumah, tapi dia ajak 6 biji kereta sekali. punya ramai. lepas tu dah tentu tentu la kita cuma kenal dia sorang je. yang 6 kereta lagi kita tak kenal langsung. 
sekarang ni memang trend kalau nak beraya mesti datang konvoi ramai ramai. tapi aku tak kisah kalau yang konvoi tu perempuan tak pun campur campur lelaki perempuan. tapi paling tak boleh belah, kalau yang konvoi tu semua lelaki pastu nak raya rumah anak dara. pergh datang lak bukan 4 5 orang. macam yang kat atas tu la..6 kereta sekali turun. silap silap orang cop kita ni berkawan dengan jantan je. tak manis gitu.


bila nak datang mesti mesej "weh aku nak datang ni, aku taknak makan kuih raya, aku nak kau masak nasi kandar ke nasi tomato ke nasi minyak ke apa ke, kitorang nak makan ni lapar bla bla bla .."
yang ni aku tak kisah sangat. nama pun raya. apa salahnya kalau masak masak sikit untuk tetamu yang datang. tapi tak leh belah kalau yang datang tu 2 orang pastu mintak aku masak macam macam. tak berbaloi tau! kalau datang 5 6 orang tak pe lagi. pastu aku pernah kena tau, aku baru balik kerja, dia nak aku masak untuk dia. tak faham ke aku penat? haha


bila datang raya umah kawan kawan kita, tapi lepas tu terserempak pulak dengan bekas pakwe la bekas tunang la bekas suami la dan macam bekas yang ada. 
ha yang ni aku ada cerita dalam entry aku yang INI. semalam punya tragedi. peluh peluh aku duduk dalam rumah tu. kalau putus cara baik pastu kekal jadi member takpe lagi. leh gak sembang letup letup. tapi kalau putus cara tragis? haa lu pikir la sendiri betapa azab nya terjumpa bekas bekas korang tu di hari raya nan mulia nih. bala tu bala!


time beraya tu tiba tiba ada lak yang pakai tudung sama kaler dengan kita. tak pun baju sama dengan kita. kantoi la beli kat bazar ramadan tak pun gedung membeli belah hari hari. haha. "mari lah pergi hari hari!"
yang ni pun aku kalau boleh nak elakkan. sebab aku taknak la orang kata eh ni bukan ke baju buy one free one? haa takmo la gitu. sentap nyahh! so aku bagi tips, dari jauh kalau nampak orang yang pakai baju sama dengan kita, jangan raya rumah orang tu. lari lari anak sudah.. haha. 

P/S - selamat hari raya lagi sekali!








Previous
Next Post »

9 komen

Write komen
ezy.fia
AUTHOR
September 5, 2011 at 11:36 PM delete

kalo terjumpe baju same tu ckp jela ni tema utk taon ni..
tym raye org xkisah sgt kalo baju same..
kehkehkeh

Reply
avatar
September 5, 2011 at 11:37 PM delete

satu lagi. bila mak cik pakcik duk tanye pasal makwe. plg mnyirap masa tu. hahaha malu kot

Reply
avatar
Azira rahman
AUTHOR
September 5, 2011 at 11:44 PM delete

saya terkena yang scene #4.
baju raya warna sama, turquoise. pulak tu shawl memang sebijik2 sama siap dengan gaya pakai shawl pun sama. huhu..

nasib baik la kawan baik sendiri. so xrasa malu la sangat. hee

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 5, 2011 at 11:46 PM delete

beraya dah jadi macam satu trend pula. padahal nawaitu yang penting iaitu bermaaf maafan.

ah. bila manusia itu terlalu mengharapkan sesuatu yang tak pasti, pasti akan berlaku perkara perkara di atas. kekeke.

saya pernah alami perkara satu dan dua. untuk tahun yang mendatang selepas perkara itu, saya katakan kepada mereka yang saya tiada rumah. padahal tengah lepak lepak dekat warung. kekeke.

yang penting bagi saya bermaaf maafan. sms pun bisa. kalau nak ziarah, saya prefer acara solo. senang nak berbual. cerita pun meletup gak. kalau ramai sangat, macam terganggu pula. :)

Reply
avatar
iPai
AUTHOR
September 6, 2011 at 7:15 AM delete

uhuhuh .. terasa kat part ex tuh .. wakaka .. tergamam masa nak masuk rumah .. haddoi !!

Reply
avatar
September 6, 2011 at 9:46 AM delete

yg 1st tu,kdg2 sgt ja jd.....tp mmg slalu laki la yg buat cam tu....yg ke4 tu,tak prnh lg la jd.....kalau jd,xtau la nk buat cam na...klau kita tuan rumah xpa la jgk,sng,bleh p tkr cepat2....klau kita yg p raya umah org,xtau la wey!!!! hahaha

Reply
avatar
Mr.Superman
AUTHOR
September 6, 2011 at 10:24 AM delete

haha..yg bju sama tu pnh jd kot.lelaki kn bli tshirt rm100 dpt 2 helai.sama je jln kje nya..1 rm50 =='
prg raya rmh member,jmp member pny member pki bju yg sama.bli kdi yg sama :P

pengajaran:bli la bju raya kt negeri lain.haha

Reply
avatar
NaNaKyu
AUTHOR
September 6, 2011 at 2:19 PM delete

oi scene yg terakhir mmg sgt2 tragis!!!!tidak!!!ini mmg bnda yg plg merisaukan tiap2 kali raya/kenduri..huhh..walopon dh elak dr beli kt hari-hari..tp ade gak yg same tu yg panasssss tuuu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 7, 2011 at 10:39 PM delete

thn ni aku tekena. dh lh sedondon anak beranak. pegi beraya ada plak famili len yg pki sm kaler cm kami. tp plg kelat bila kak ipar aku kata "..eh anak ko dh smpi dulu dr ko ye...". perghh..!! rs cm nk kensel je ry taon ni..

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...