MY BIG DECISION

Tags

Alhamdulillah. doa yang aku panjatkan sepanjang bulan ramadhan yang lepas dimakbulkan tuhan. aku percaya bila kita betul betul inginkan sesuatu, minta la padaNya, kerana Dia sentiasa mendengar setiap apa yang kita inginkan. dan doa paling dimakbulkan tuhan adalah doa ketika kita hendak berbuka puasa.  T__T

Syukur tak terkata sebab aku diterima di Permodalan Nasional Berhad. ini semua rezeki dari Tuhan. minggu lepas aku buat decision untuk menolak tawaran kerja dekat syarikat Penerbitan Pelangi. alhamdulillah dapat dua tawaran dalam masa yang sama. cuma aku agak kelam kabut sikit nak pilih yang mana. 

Cuma aku mintak satu je. pada yang sudi lah. doa kan yang terbaik untuk aku sepanjang berada di tempat yang baru ni. doakan supaya aku dapat terus berbakti pada parents aku. yelah. kalau bukan untuk dorang, untuk siapa lagi? walaupun aku tahu dorang memang mampu hidup tanpa duit aku, tapi apa gunanya jadi anak kalau tak boleh nak sara dorang? 

Lagi pun, bahagiakan lah kedua orang tua dulu baru kita bahagiakan diri kita sendiri. sebab tanpa dorang, kita pun takde. aite?

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :