DENGAR CERITA DAH BERTIGA, BETUL KE?

Assalamualaikum wbt.
Hai to alls! 

Bulan ni dah masuk 5 bulan perkahwinan aku dengan PP Epal. eeee rasa macam lamanya tak sebut PP Epal dalam blog ni. Kalau masa bercinta dulu, hamek kau 2 3 entry pasal dia je. haha apa boleh buat, dah dapat. eh? siot pulak kan. ngee. 

Masa mula mula kahwin dulu, PP Epal nak sangat kitorang dapat baby cepat cepat. ish. hanimun pun belum lagi. kann? Tapi takpelah kalau rezeki tuhan nak bagi cepat, alhamdulillah la ye dok? tunggu punya tunggu, tak jugak datang rezeki tu. Doa banyak banyak masa tu. tapi at the same time banyak kali cakap kat PP Epal, jangan berharap terlalu tinggi sebab nanti sendiri yang keciwa. 

lepas 2 bulan kahwin, aku tergerak hati nak cuba satu produk. walaupun aku takde masalah period, tapi apa salahnya kita mencuba kan mana tau berhasil. Aku pun cuba produk tu. jangan ingat pompuan je kena makan tu ini. lelaki pun sama okay. PP Epal pun kena paksa makan supplement tu jugak. actually produk tu is a kind of supplement. good for health actually. takde la fokus utama dia untuk bagi ko beranak je. tapi at the same time bring good health for us. so why not kitorang try kan?

lawak pun ada jugak kadang kadang. sebab hari hari kena remind PP EPal untuk makan supplement tu. sebab dia ni pelupa sikit bab bab ni. Tapi alhamdulillah la dia mendengar kata bininya yang tersayang nih. hihi. 

so sampai lah ada satu minggu tu, aku mula rasa macam period pain. yes. seriusly sakit dia macam first day korang period. rasa macam senggugut. tapi yang peliknya tak period pun. check dalam women calendar yang aku download kat fon. delay 3 hari. heeee aku dah mula rasa suspen. 

takpe masih awal lagi untuk aku pikir that good news. tapi minggu tu memang aku rasa sakit perut macam period pain, then pinggang pun sakit teramat. tak sure kenapa. lepas tu ngam 9 hari period aku delay, aku pun beli Pregnancy Test. saja gatal nak cuba. tapi dalam hati dah tanamkan perasaan jangan mengharap sangat. buat biasa biasa je. 


Alhamdulillah. akhirnya penantian walaupun baru beberapa bulan, termakbul jugak. Syukur. Masa ni taktau nak cakap camne. sebab rasa macam tak percaya nak jadi mommy. Lepas buat pregnancy test dekat rumah, PP Epal bawak aku pergi klinik check. Dokter pun buat urine test. Dan memang betul positif. Masa tu usia kandungan baru 6 minggu. :) 

So sekarang..badan rasa memang lemah. Selalu muntah. Apa je yang aku makan, semua keluar balik. macam tak ikhlas makan je gayanya. time ni memang menguji mental dan kekuatan rohani aku. tapi mengenangkan ni first baby, takpe kuatkan semangat. 

PP Epal pulak nasib baik jenis yang penyabar dan memahami. Dialah yang buat kerja rumah, basuh pinggan, lipat baju, sidai baju segala. Kalau teringin nak makan pape, on the spot dia keluar beli. hehe. bahagia.

apa pun..korang semua doakan kesihatan aish dan baby ye. oh ye. kalau nak tahu Supplement apa yang aku ambik sebelum preggy, boleh tanya ye. benda yang baik mesti la kena kongsi kan? bye


Previous
Next Post »

14 komen

Write komen
Unknown
AUTHOR
June 26, 2013 at 1:22 PM delete

hmmm dr bujang sampai nk bergelar mommy ni Shakira ikut prkmbgan kak aish.. jga kshatan akak and baby ya kak :) tahniah! i am happy for you!

Reply
avatar
June 26, 2013 at 2:14 PM delete

tahniah kak . semoga kesihatan akak dan baby sihat dan selamat semuanya!

Reply
avatar
mila
AUTHOR
June 26, 2013 at 3:23 PM delete

tahniah dear..jaga kandungan leklok :-)

Reply
avatar
June 26, 2013 at 3:31 PM delete

tahniah aish..lama jgk x baca entry awk,tau2 je dh pregnant..tahniah ya :)

Reply
avatar
ezy.fia
AUTHOR
June 26, 2013 at 6:51 PM delete

tahniah dear!nk ikot jejak awk jgkkkkkkkk!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2013 at 8:52 PM delete

Tahniah kak ;) Take care.

Reply
avatar
ctsueraya
AUTHOR
June 27, 2013 at 1:47 PM delete

wah..tahniah cik aish..jgn lupa post pregnancy journey kat blog...semoga seihat2 hendaknyer

Reply
avatar
ctsueraya
AUTHOR
June 27, 2013 at 1:48 PM delete

tahniah cik aish..jgn lupa blogkkan pregnancy journey ya!! semoga sihat sokmo di sepanjang kehamilan..amin

Reply
avatar
July 6, 2013 at 11:06 PM delete

tahniah..doakan sy dan isteri pun dpt anak..dah setahun lebih kawin tp tak takda rezeki lg :-(

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 10, 2013 at 10:09 AM delete

salam ramadhan...
jom join ga,ada hadiah dan duit raya tau.. huhu

http://nooramyma.blogspot.com/2013/07/siapa-maw-duit-raya-rm50.html

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2013 at 4:42 PM delete

Allhamdullilah..tahniah aish..bestnya..tumpang happy bca gud news ni

Reply
avatar
Sya
AUTHOR
August 23, 2013 at 10:47 PM delete

Alhamdullilah akak! Berita gembira raya-raya ni. Nanti bolehlah beraya bertiga. Jaga kesihatan dan emosi. Baca Al-Quran. doa banyak-banyak.


InsyaAllah semoga dapat anak yang soleh & solehah ye ^^

Reply
avatar
Anaa Niesaa'
AUTHOR
August 24, 2013 at 4:13 PM delete

congrates kak aish! tak sia-sia berusaha. haha. Moga Allah jaga kak aish dan baby.

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...