CADANGAN MENU DIET ATKINS FASA INDUCTION DAN CLOSE UP GAMBAR GAMBAR MAKANAN ATKINS

Assalamualaikum

Siapa antara korang yang berminat nak cuba untuk diet ATKINS? Setahu aku la kan, diet atkins ni fokus pada pengambilan protein dan less carbo! Satu hari tak boleh lebih dari 20g karboMeans tak boleh makan nasi. Makan lauk je. Dan sefaham aku, diet atkins ni ada beberapa fasa. Tapi yang paling mencabar dan kritikal adalah pada fasa pertama sebab pada fasa pertama la kita kena ambik kurang dari 20G karbohidrat.   



Pantang makan masa fasa pertama atkins 
1. Tak boleh makan nasi
2. Tak boleh makan biskut
3. Tak boleh makan roti atau bahan yang bertepung
4. Tak boleh minum air manis. Air kosong je boleh
5. Tak boleh ambik buah sebab dalam buah pun ada gula 


Dah tu nak makan apa kalau semua tak boleh? hehe. Boleh mati ke klau amalkan diet atkins sampai 5 benda kat atas tu tak boleh makan langsung masa fasa pertama? Kalau mati, tak adalah orang buat kan? Huhu. Jadi aku nak kongsikan dengan korang apa yang boleh dimakan masa diet atkins ni. Apa menu yang sesuai. 


MENU ATKINS UNTUK SEMINGGU (PILIHAN 1)


 MENU ATKINS UNTUK SEMINGGU (PILIHAN 2)

Ada 2 jenis pilihan menu atkins untuk korang amalkan selama seminggu. Jangan main tipu haaa..Nak kurus kena lah berkorban apa saja. Kena nekad dan jangan putus asa! Tapi tu la. Aku tengok menu ni, salute habis pada orang yang betul betul praktikkan sampai berjaya turun berat badan.Bagi orang yang perut cari nasi waktu pagi macam aku ni, memang menangis air mata darah la nak follow diet ni. Tapi apakan daya bila tengok ramai yang dah berjaya kan, kena la slow slow ikut jugak. hihi

Ok sekarang jom kita scroll down dengan lebih dekat gambar gambar makanan yang menepati diet atkins atau pun orang kata diet protein ni. 
 
CLOSE UP GAMBAR GAMBAR MAKANAN ATKINS

Diet Atkins
Fasa 1 : Induction
Breakfast
Menu : 2biji telur + 1bawang merah + 3biji cili api = Telur Dadar 



 Diet Atkins
Fasa 1 : Induction
Lunch
Menu : Sawi Goreng (pakai olive oil utk goreng) + 2 ketul Ayam (kIte gune dada ayam) perap ngn kunyit dan bwg putih seketul then grillkan use olive oil jgk then perah lemon keatas ayam dan sayur tersbut maka hasilnya superb sedap.... Btw kte makan seketul ayam n sayur tu pn dh knyg tp habiskn jgk ( maybe sbb mnum AIR DETOKS smlm kot - mengurangkn selera makan)
P/s: air kosong 1liter - 25kg... Jd kirelah berat msg2.... Wajib minum air kosong


 Diet Atkins
Fasa 1 : Induction
Dinner
Menu :
1 ekor Ikan panggang + pucuk paku goreng cili api
P/s: air kosong 1liter - 25kg... Jd kirelah berat msg2.... Wajib minum air kosong....


 Diet Atkins
Fasa 1 : Induction
Breakfast
Menu : 2biji Telur Mata ( tabur white pepper + sket serbuk parmesan cheese + daun parsley)

 Diet Atkins
Fasa 1 : Induction
  Lunch
Menu : 1 ekor ikan goreng (ikan bawal emas, mkn half2 ikan dlu) + salad + mayo


 Diet Atkins
Fasa 1 : Induction
Dinner
Menu : 2 Chicken Sausage +salad + mayo


 Diet Atkins
Fasa 1 : Induction
Dinner
Menu :
Ikan Siakap Goreng Cili Api (amik bhgn tgh n ekor je) + Brocoli Tumis..... P/s: air kosong 1liter - 25kg... Jd kirelah berat msg2.... Wajib minum air kosong....

Balanced Diet
Breakfast
Menu - 2 biji telur rebus + 1 sudu besar Baked Beans utk buat ade rs sbnr ye klu mkn telur cmtu, cm muak plk.....
1 cawan GREEN TEA
 
 Balanced Diet
Lunch
Menu : 2 ketul Ayam Masak Pindang + Sayur Kangkung Tumis



Diet Atkins
Fasa 1: Induction
Lunch
Menu
Sayur bayam tumis air + Butterprawn tanpa daun kari and floss telur kuning (kurang dr 5gm carbo)
Green tea
Carbo intake per day is only for 20gm....
Plain water 2.5liter


Diet Atkins
Fasa 1: Induction
Breakfast
Menu
Murtabak Daging Atkins ( rupe die abaikan) - daging yg direbus empuk sye amik 1senduk pastu blend ngn bawang merah seketul, bwg putih seketul, halia sehiris, tumiskn sume skli. Ketepikan. Dadarkan telur 2biji pastu amik isi daging td letak atas telur dadar pastu suke ati nk lipat or roll or wut ever. Taraaa Siap utk dimam. Makan half je pn dh kenyg. So simpan half lg utk snack jp g...
Carbo intake per day is only for 20gm.... 


Diet Atkins
Fasa 1: Induction
Lunch
Fish filet pan grill (12g carb) + 1 cup broccoli (4g carb) + 1 slice of cheddar cheese (1.7g carb) so total carb yg amik arini = 17.7gm carb
Makanya mlm mkn sup sayur shj n air kosong k....
Carbo intake per day is only for 20gm....


 Diet Atkins
Fasa 1: InductionDinner
Menu
Ayam Goreng 2ketul + timun + tomato(mcm x lepas je tang ayam tu...hehe..)
Plain water 2.5liter


Diet Atkins
Fasa 1: Induction
Breakfast
Menu
Scramble egg (2)
Green tea Lemon
Plain water 2.5liter

So buat korang yang dah mula bersemangat nak mulakan diet atkins lepas tengok menu menu paling senang di dunia tadi, jangan usaha separuh jalan pulak ye. Semoga kita semua berjaya menurunkan berat badan dengan sihat cemerlang dan gemilang muahaha. ok bai! muahciket
Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
Unknown
AUTHOR
June 1, 2016 at 11:08 PM delete

Thanks atas infonya.
Saya sekeluarga ambil infonya saja.lain tiada.dlu kini Dan selamanya

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 7, 2016 at 12:57 AM delete

Hai sis,terima kasih untuk info berguna ni. nak tnya.. ayam tu bkn semua bahagian boleh ambik eh? Kena mkn bahagian isi shj? Baru nak start diet atkin ni.. huhuhu

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 9, 2016 at 3:27 PM delete

terima kasih kongsi ilmu..semoga bermanfaat

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 19, 2016 at 1:00 PM delete

AS,SALAM AWK...ADA MENU UTK ATKINS BREASTFEEDING MOM TAK?? NASI DAN OAT MANA YANG LAGI BETTER UTK FASA 4???

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 21, 2017 at 3:56 PM delete

boleh letak garam ke dlm masakan ??? kurang jelas sikit

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 25, 2017 at 11:36 AM delete

boleh ker buat terung goreng?

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...