Saya terpaksa buang awak terus dari diari minda saya. Maaf.

Hujan. Jam 3 petang sudah mula hujan. Membawa ke senja. Sejuknya. Cuaca suram. Semuram hati saya hari ini. Kenapa? Ingat lagi seorang lelaki yang saya pernah cerita di sini. Lelaki pertama poskan kad raya pada saya. Si tinggi. Ya dialah si tinggi. Noor Akmal Kamarolzaman. 
Cik Aish : Salam, saya nak request something. Tolong delete gambar saya dari simpanan awak di facebook. Terima kasih. 
Si Tinggi : ...... (senyap)


Tupp...hilang dah gambar saya dari simpanan dia. Kenapa ya dia langsung tak jawab teguran saya tadi? Sekurang-kurangnya jawablah sepatah dua kata. Tapi tak mengapalah. Mungkin dia benci saya. Eh kenapa dia kena benci saya? Bukankah saya yang perlu benci dia? Si tinggi yang pernah buat saya tersinggung suatu masa dulu di atas sedikit penipuan yang telah membuat hati ini luka. Saya benci ditipu. Saya rasa diperbodohkan. 

Hm. 

Saya ingin mencoretkan sesuatu. Saya cintakan Si Tinggi sejak dia mula memberi saya harapan. Ya. Kau bagi aku harapan. Dan aku inginkan supaya kita lebih dari kawan biasa. 
Ahh gila. Detik hati sendiri. 

holding hands Pictures, Images and Photos

Terima kasih kerana pernah menyembuhkan luka hati ini suatu ketika dulu. Terima kasih kerana beri diri ini harapan. Mungkin kata-kata sayang hanyalah mainan di bibirmu sahaja. Dan terima kasih kerana menyedarkan diri ini bahawa menerima seseorang yang menyayangi diri kita adalah lebih bermakna dari cuba menyayangi seseorang yang belum tentu menyayangi diri kita.


Kepada Si Tinggi.
Kau punya masa depan yang cerah. Kau mempunyai personaliti yang baik. Tapi sayang...kau tidak pernah memberi diri kau peluang untuk menerima cinta ikhlas dari sesiapa. Malah kau seperti seorang lelaki yang suka memberi harapan pada semua perempuan. Aku tidak layak untuk kau. 

Delete Noor Akmal Kamarolzaman dari senarai kawan Facebook 
Menjengkelkan melihat perkembangan dirimu.
Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Anonymous
AUTHOR
March 5, 2011 at 1:12 AM delete

salam..ley kenal awk..

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...