SUSAH NAK MENYUSUKAN ANAK TENGAH ORANG RAMAI : BAJU NURSING MACAM NI YANG AKU CARI!

Assalamualaikum

Masa dapat kad jemputan kahwin last week, aku dah dapat bayangkan keadaan dekat kenduri kahwin macam mana. Sure ramai sangat orang kan? Dan aku dapat bayangkan betapa susahnya nak menyusukan Irine kalau tiba tiba dia meragam taknak minum dalam botol. Lagi lagi, kalau dia nak tidur, kebarangkalian untuk meragam nak melekat dengan mamanya tu adalah sangat tinggi ye. Bakal mommy..i really mean it. Siap sedia la korang. Dan aku pulak jenis tak suka angkat angkat baju tengah orang, i mean kalau orang nampak dari jauh pun dah tahu kau tengah nenenkan budak. Sebab tu aku suka pakai nursing blouse ataupun baju kurung nursing untuk pergi kenduri! Nampak lebih sopan untuk menyusukan irine.

Lepas lahirkan Irine, dalam kepala ni dah memang target untuk cari baju kurung nursing khas untuk bawak pergi kenduri kawen, dan yes memang ada la yang jual cuma sometimes susah nak cari yang betul betul menepati citarasa. Sometimes yang aku jumpa tu nampak macam mak mak sangat baju nursing dia. Takmo takmo. Saya muda lagi taknak nampak mak mak sangat walaupun dah jadi mak kan.. hehe. 

MUMSLUV PILIHAN SAYA :)

Tapi nasib baik Mumsluv ada sediakan baju kurung nursing yang betul betul menepati citarasa. Baju kurung menyusu yang dari Mumsluv ni senang gila nak pakai tahu tak?? Sebab tak payah susah susah kau nak pergi gosok, dah sah sah la macam leceh lepas ada anak kecik ni kan hehe. Kain baju kurung menyusu dari Mumsluv yang aku punya ni daripada kain jenis Lycra. So dah boleh imagine kan betapa sejuknya kain ni, rasa macam kau bersesak celah orang ramai dekat kenduri kahwin tu pun masih boleh maintain cool lagi. 


Yeah dah sampai. Korang boleh Order online je :)

BAJU MENYUSU JENIS ZIP, BUTANG ATAU JENIS SELAK YANG LAGI MUDAH?

Ada sesetengah baju menyusu yang aku jumpa selalunya guna butang atau zip. Aku tak suka sangat jenis macam tu sebab kadang kadang butang atau zip tu macam take time nak bukak. Tu belum lagi kalau anak jenis lasak jenis tak sabar nak menyusu tu ha bayangkan dia rentap butang baju kau tu tak ke tercabut? Tapi baju kurung menyusu moden Ainy ni jenis selak je. Memang senang sangat. Berbaloi kalau nak beli lebih untuk pergi kenduri kahwin ke, untuk pakai hari raya nanti ke. Yang penting, baju macam ni menyenangkan kita balik. Tak perlu dah nak susah susah cover cover butang ke zip ke apa ke, cuma selak sikit je dekat bahagian dada tu. 


Ni la Baju Kurung Menyusu Moden Ainy dari MumsLuv. Tak nampak macam baju menyusu kan? Aku pilih Saiz M. Sebab nampak lebih sopan. Tak la ketat sangat kan. Kain dia macam ala ala peplum. Bila pakai ni terasa macam tinggi pulak hehe.

Baju menyusu? Tak nampak macam baju menyusu kan? Hehe. Boleh pakai buat pergi kenduri kahwin dengan gembira! :)


Selain Baju Kurung, ada jugak jenis macam dress. Nursing dress macam ni pun cantik jugak. Adoi rambang mata!

 

Berita baik kalau korang nak start cari hadiah untuk Mothers Day. Sebab Promosi Mother's Day Mumsluv dah bermula dari 27April 2015 sehingga 30 May 2015. Tak lama je lagi nak tamat promosi ni kan? Apa lagi? Jom maknya. Kita serbu baju menyusu MumsLuv :) Untuk yang berminat bolehlah dapatkan baju menyusu MumsLuv di :

Website : www.mumsluv.com
Facebook : MumsLuvExclusive
Instagram : mumsluv


Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
May 23, 2015 at 11:27 AM delete

cantik kot baju dia..hee..boleh la beli untuk raya nanti. tak yah pening kepala nak cari tailor. :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 23, 2015 at 3:21 PM delete

@najihah sahami aah dan selesa.. Boleh la beli..skrg mumsluv tgh launch design baru

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...