BERCUTI DI SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCES MELAKA - WAJIB TERJAH!

Assalamualaikum

SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCE
8 tahun yang lepas, masa aku belajar dekat UiTM Kampus Bandar, dekat Bandaraya Melaka, aku tak sangka harini kawasan sekitar tu akan ada hotel yang cantik macam Swiss-Garden Hotel & Residence. Last week pergi dengan family, bawak Irine, fokus utama adalah nak hilangkan stress bekerja dan nak release tensen. Irine pun nak mandi pool. Dan hotel ni kalau korang nak tahu, pool dia sangat ohsem dan best. 



HOTEL TERTINGGI DI MELAKA
Swiss Garden Hotel & Residences ni hotel tertinggi di Melaka.Ada 42 tingkat semuanye. Termasuk shopping mall The Shore dekat bawah dah juga parking. Kalau korang jalan2 kt Bandar Melaka or naik river cruise confirm la akan perasan hotel ni. So dalam pukul 11 pagi, kitorang semua dah sampai tapi tak boleh check in lagi sebab check in pukul 2 petang. Jadi kitorang lepak dulu dalam shopping mall The Shore tu. 

HOTEL BARU!
Lepas check in, kitorang lepak jap menikmati suasana bilik baru dekat hotel ni. Yes. Hotel ni hotel baru. Kalau tak silap, baru open pada public bulan Disember tahun 2014. So harusla korang pun terjah sekali hotel ni sebab masih baru dan semua nya baru hoyehh! Irine siap golek golek atas katil dengan pelampung itik tak sabar nak main pool kejap lagi. Kitorang duduk bilik tingkat 26. Agak tinggi la jugak.



KAMPUNG MORTEN
Kalau tengok dari atas hotel kitorang, akan nampak Kampung Morten. Kalau siang, tak nampak cantik sangat tapi kalau malam, Kampung Morten ni sangat cantik sebab banyak lampu. Kampung ni memang Melaka dah sponsor bil api dia untuk lampu lampu tu. hehe. Sebab Kampung Morten dah jadi sebahagian destinasi pelancong yang nak tengok rumah rumah kampung Melaka. 



POOL YANG OHSEM
Ok Dah sampai masa untuk mandi pool. Actually pool ada dua bahagian. Untuk dewasa dan untuk kanak kanak. Yang ni pool bahagian kanak kanak. Air paras lutut aku je. Tapi the other side untuk pool yang sesuai untuk satu family. Paras leher aku. Budak budak memang teruja la lagi lagi anak anak buah aku, turun hotel je nampak pool macam ni. Nasib baik aku dah dewasa kalau tak aku pun terlonjak kegembiraan jugak eh. 


Macam yang aku cakap tadi, pool kanak kanak ada dua bahagian. Dia ada penghadang kat tengah tengah. So aku boleh pantau Irine mandi dekat the other side sementara aku mandi dekat side sebelah yang paras leher tu. Malas nak pergi pool dewasa dekat sebelah sebab nanti tak nampak Irine pulak.


JAKUZZI
Pool yang side sebelah kanak kanak tu ada jakuzzi. Aku paling suka yang ni. Tapi swimming suite tak bawak, just pakai tshirt biasa je, habis menggelembung baju aku bila berendam dalam jakuzi ni. best oh hehe. Oh ye, pool ni semua dekat tingkat 9 tau. So dari tingkat 9, angin memang kuat. Bayangkan betapa bestnya. Tak panas sebab keliling pool ni bangunan hotel. Dia macam kepung pool ni dari kena sinaran matahari.


Atas pool ni, ada gym. So siapa ayah ayah yang nak pergi gym, at least stil boleh nampak mak mak dan anak anak mandi dekat bawah.




Ok ni pemandangan dari atas hotel pada waktu malam. Nampak tak stadium Hang Tuah? Dekat sangat hotel ni dengan Uitm Kampus Bandar Melaka dan Jalan Hang Tuah. Siapa yang pernah study UITM Melaka mesti tahu betapa happening Hang Tuah Mall malam minggu kan? ngh ngeh. 


Malam malam kitorang decide untuk jalan jalan sekitar kampung morten je. Serius happening waktu malam. Dengan bot yang tak putus putus lalu lalu dekat river cruise tu. Tapi kitorang tak naik sebab ramai. Malas nak beratur.




Banyak lagi benda nak share. Tapi tak syok la nak taip panjang panjang. So aku sambung nanti dalam next entry ok. Apa lagi yang best dalam hotel ni. Apa pun, memang berbaloi untuk kita lupakan kejap kesibukan kota dengan menghabiskan RM268 satu malam. Rate untuk hotel ni buat masa ni. :)

See you next entry!





Previous
Next Post »

3 komen

Write komen

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...