INFO UNTUK BAKAL IBU : TEKANAN DARAH RENDAH JANGAN BUAT MAIN MAIN!

Assalamualaikum

Selain masalah tekanan darah tinggi, ramai jugak antara kawan kawan aku yang ada masalah tekanan darah rendah. sampai berminggu minggu menyepi. Rupanya tersadai dekat wad. Kena tahan. Ramai yang tahu betapa bahayanya perempuan yang ada tekanan darah rendah. Lagi lagi kalau ibu mengandung! Ibu hamil yang ada tekanan darah rendah, akan mendapat komplikasi sepanjang kehamilan dorang. Takutnya!




PUNCA TEKANAN DARAH RENDAH

Hasil pembacaan dari majalah kesihatan tentang kehamilan baru baru ni, punca tekanan darah rendah adalah Kurang Zat besi. Yes. Kekurangan zat besi ni antara punca utama kenapa kita boleh mendapat tekanan darah rendah. Sebab apa zat besi penting? Ia menjadi komponen penting dalam sel darah merah. Zat besi ni akan mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Kalau oksigen ni tak dihantar ke seluruh tubuh dengan berkesan, korang bayangkan kita tak cukup bernafas. huhu. Macam tu la lebih kurang. 


KANDUNGAN BOLEH GUGUR?
Bila ibu hamil ada tekanan darah rendah, dorang akan senang letih, lesu, muka pucat, dan lagi teruk bila dah sampai tahap kerap pitam. Kekurangan zat besi ni lastly akan effect pada bayi dalam kandungan jugak. Boleh gugur, lahir pramatang, saiz bayi sangat kecil dari biasa, dan paling bimbang, si ibu atau anak ada kemungkinan untuk meninggal dunia. Huuuu seram. 



So jom tengok apa je makanan yang kaya zat besi!
  • Ayam
  • Sayur hijau
  • Kekacang
  • Bijirin
  • Tembikai
  • Bijan
  • Tauhu

 
Anemia boleh menyebabkan ibu hamil mengandung dengan macam2 komplikasi. Tengok apa kakak garang dia buat setiap kali mengandung.

"ibu hamil jugak digalakkan untuk ambil makanan tambahan atau supplemen seperti folat, kuprum, zink tambahan dan Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan"

CUBA CHECK ADAKAH KORANG BERISIKO MENGALAMI TEKANAN DARAH RENDAH!
  1. Disahkan menghadapi anemia semasa hamil melalui pemeriksaan darah
  2. Pernah kehilangan darah berlebihan masa melahirkan anak sebelum ni
  3. Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak


Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...