Assalamualaikum
Semalam dekat Watson, sempat beli penimbang berat. Sejak dumenjak ni, selera makan makin menjadi jadi pulak. Lepas tu, duduk dekat ofis menghadap komputer dari pagi sampai petang. terus rasa bersalah dengan diri sendiri kalau berat badan naik mendadak. Walaupun, PP Epal kata tak kisah wifenye gemuk, dia tetap sayang, tapi stil la kan..Kena jaga jugak. Mana la tahu, dalam hati, eeee gemoknya bini aku ni. Jadi, para para isteri jom la kita amalkan tips untuk kurangkan berat badan ni. Dan jangan tak amalkan pulak ye.
1. Kurangkan Makan di restoran
Salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan ialah dengan mengurangkan makan direstoran. Yang ni paling lemah. Sebab PP Epal rajin benar ajak wife dia ni pergi fastfood. Mcdonald la, beger abang Burn la, macam macam lagi la. Berger Ijan dekat Paroi Jaya tu pun antara tempat lepak kitorang waktu malam. So kalau nak kurangkan berat badan, kena suruh PP Epal pergi sorang sorang je ok.Baik makan benda yang rendah kalori dari hadap makanan fastfood tu semua! Chaiyok!
2. Bulatkan Tekad Untuk Kurangkan Berat Badan
Cerita ini biasa untuk korang yang berjanji untuk turunkan berat badan sekian-sekian kilo. Bukan kata korang. Aku pun sama sama. Awal bulan je mesti tekad nak turunkan berat at least 5 kilo. Tapi kadang kadang, selalu tak buat apa yang dah dinekadkan tu. Selalu main langgar je. Pantang budak ofis ajak makan, terus laju je capai wallet. So lepas ni kalau nekad nak turunkan 5 kg, please make sure you do it. No Excuse!
3. Kira Jumlah Kalori Yang Diambil
Hal ini perlu supaya korang mengambil jumlah kalori yang perlu sahaja untuk badan korang. Untuk mengetahui jumlah kalori makanan korang boleh GOOGLE ya. Ingat sikit yang korang dalam proses kuruskan badan. Jangan korang dah baham semua makanan seperti cup cakes, ayam goreng, sate, dan lain baru anda nak buat-buat teringat yang anda sedang diet. Dah terlambat!
4. Say "NO" kepada Makanan Ringan
Korang akan capai matlamat untuk kurangkan berat badan jika korang berjaya menghindarkan diri daripada snek & cikedees. Rakyat Malaysia ni tahu-tahu sajelah suka sangat makan chips, gula-gula, dan sebagainya. Kalau dah makan makanan ringan tu, rajin-rajinlah berjalan 10 000 langkah untuk bakar lemak dibadan tu ya. Dan aku pun nak remind diri sendiri jugak sebab bila dekat ofis, stress hadap akaun, mula la nak mencari cari benda nak dikudap. Lagi lagi kerja dekat shopping mall.
5. Ambil Sarapan dalam 300 Kalori
Dalam berdiet bukan bermakna tidak makan ya. Yang sebaiknya tahu jumlah kalori yang korang perlu ambil. Untuk sarapan sebaiknya dalam jumlah 300kcl. Aku cadangkan korang minum segelas Cinch Shake, atau segelas minuman soya ESP, dan cukup sekadar sekeping roti. Emmm..Nasi lemak NO. Roti Canai NO. Mi goreng NO. Semua tinggi kalori!Eh korang kalau nak tahu, sarapan boleh buat kita kurus tau! Nak tahu macam mana? Kena baca entry lama ni. SINI.
6. Curi Masa Untuk Senaman
Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan mecuri masa untuk senaman dalam 5 minit pun dah cukup. Kalau dekat ofis, aku akan tanya kawan ofis aku, nak naik lif atau nak naik tangga. Kawan kata nak naik lif. Aku pun ikut. Ok gagal lagi. hehe. So lepas ni aku nak rajin rajin ikut tangga la. hee. Tapi apa pun, PP Epal ada belikan kasut sukan. Punya la dia menyapport niat murni isteri dia ni untuk kurus. (kata tadi tak kisah tapi sanggup belikan kasut sukan, nampak tak permainan dia? haha) So selalunya if tak sempat bersenam, aku akan fokus satu hari seminggu untuk jogging, senam robik, dan berjalan! (boleh ajak pp epal pergi ioi city mall sebab mall tu besar dan boleh buat kau berjalan jauh sampai boleh bakar kalori!)

hehe seronok dengar tips dan pengalaman akak ni macam mana dia boleh turunkan berat badan.
Wow! banyak betul ips yang kita boleh amalkan untuk mengurangkan berat badan. Tapi, apa yang lebih penting, selepas korang baca artikel ini, adakah korang akan amik tindakan? Atau korang hanya impikan untuk kurus sahaja tanpa " Take Action ". Tepuk dada tanya perut..muahaha :)
sumber : http://www.majalahsihat.com/
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Pengedar Shaklee Malaysia
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961
* These statements have
not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products
are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
1 komen:
Write komenramai nak kurus.. tapi rajin ke tak jer beza dia.. heeeee~ ^_^v
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon