KESALAHAN MEKAP YANG BOLEH BUAT MUKA TAK CUN BILA SELFIE

Assalamualaikum

Korang akan ambil sehingga berpuluh-puluh foto, tapi satu pun korang tidak berkenan. Ada saja yang tak kena. Ada jugak kes, yang mungkin tidak suka melihat wajah sendiri di dalam foto itu. Kenapa? Ia sebenarnya adalah kerana kesalahan mekap korang :) So jom kita check apa kesalahan mekap yang boleh buat muka tak cun bila selfie! hehe




1 ABAIKAN KULIT WAJAH

Sebenarnya jika kita mahu ambil gambar ‘selfie’ yang tampak natural, kita tidak perlu mengenakan bedak asas. Tapi paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan ‘primer’. Walaupun efeknya tidak kelihatan di dalam foto (seperti kita memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto ‘selfie’ tanpa mekap. Walaupun kita terasa ingin bermekap tebal, dua krim tadi harus kita kenakan pada wajah.


2 GARISAN MATA HITAm

Tahu tak, menggaris mata dengan warna hitam akan menyebabkan mata kita kelihatan kecil? Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakan penggaris mata rona tanah. Lebih cantik jika kita gariskan mata kita dengan pembayang mata


3 TAK PAKAI PELEMBAP BIBIR

Jika kita mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir kita. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahaian itu mengalami kekeringan dan kelihatan ‘pecah-pecah’. Oh, sangat tidak cantik!


4 BIARKAN MATA PANDA

Ramai yang bermekap tanpa meletakkan ‘concealer’ di bawah mata. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata kita kelihatan ‘terbuka’ dan lebih cantik apabila kita menggunakan ‘highlighter’ pada tulang pipi. Gunakan ‘concealer’ satu tona lebih cerah dari kulit asal kita untuk mencerahkan wajah kita. Hati-hati, jangan sampai nampak perbezaan dua warna pada kulit wajah kita


Aku happy dengar testimoni customer yang beli set skincare Enfuselle ni. Selain Enfuselle, best jugak pakai Nutriwhite tau! Rujuk entry ni. KLIK! 




5 MASKARA PADA BULU MATA ATAS
Salah tu kalau kita hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda ‘pop-out’ dan mata kelihatan besar, kita seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat. Pastikan olesan bermula dari akar sehingga hujung maskara.




6. PEMERAH PIPI ATAU BRONZER

Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, kita harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipi. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah tampak segar. Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap kita ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut  buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis. 

Senang kan?
Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
Ein Farah
AUTHOR
May 28, 2015 at 10:31 AM delete

wahh..tips yang bagus! ;D

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 29, 2015 at 9:25 AM delete

Menariknya tips ni.. Kalau tak, guna 360 je la.. haha..

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...