.

.

PERTANDINGAN MEOW DI KOMPLEKS PKNS BANGI 23-24 MEI 2015

Assalamualaikum

Siapa dekat sini yang minat kucing? Boleh la sama sama meriahkan lagi Pertandingan MEOW di Kompleks PKNS Bangi yang tengah berlangsung mulai harini sampai esok. Harini ada pertandingan Kucing Bulu Pendek Tercantik. So harini semua kucing bulu pendek berkumpul dekat ruang Concourse menunggu masa untuk dialdili oleh juri juri profesional. hehe 

 

Ini antara kucing berbulu pendek yang sempat aku snap harini. Manusia ramai sangat sebab tu susah nak ambik gambar banyak banyak. Ni pun aku terpaksa berlaga laga bahu nak ambik shot yang cantik. 





PET PASSPORT RM18 SAHAJA
Ok. Kalau korang nak buat PET PASSPORT untuk kucing peliharaan korang, korang disyorkan untuk datang sini harini atau esok untuk dapatkan harga yang sangat MURAH. Kalau harga biasa RM38. Tapi dekat sini, korang boleh pasangkan PET PASSPORT ni dengan hanya RM18 je tau. PET PASSPORT ni sejenis macam cip kecik yang dimasukkan dekat badan kucing tu sebagai pengenalan diri. Kalau hilang ke, boleh kesan kucing tu dekat mana. So memang patut korang pasangkan pada kucing korang lagi lagi kucing yang baka mahal mahal tu. Kucing aku takyah la pakai PET PASSPORT ni. Takde yang nak curi pun. hahaha


Dorang akan panggil batch by batch kucing untuk diadili oleh juri profesional. Apa kirteria yang dorang nak, aku pun tak tahu la. Tapi ofkos kucing tu kena la bersih, lincah, sihat, dan ada respon kot. Kalau kucing aku yang masuk pertandingan ni, komfem dia terberak sakan. 


Actually ada 2 event harini dan esok. Luar Kompleks ada Karnival Belia Pendidikan dan Kerjaya. Dalam pulak ada PErtandingan MEOW. 


ADOPT KUCING PERCUMA!
Terkejut aku bila ada kucing untuk diambil secara percuma. Tak ada syarat pun. Yang penting korang betul betul niat nak jaga dan beri kasih sayang secukupnya pada anak anak kucing ni, bagi alamat tempat tinggal dan nombor telefon untuk si tuan call tanya khabar anak kucing atau tanya apa apa masalah. Tapi sementara stok kucing masih ada la. tadi pun dah ramai yang book. :)


KUCING UNTUK DIJUAL 
Kucing untuk dijual pun ada. Tapi baka dia terbaik dan tak sama la macam kucing yang free tadi. Gila kau nak bagi kucing baka mahal percuma macam tu je? Yang untuk dijual ni ada yang spesis PErsian. RM800 seekor. RM400 pun ada. Murah la jugak. Kalau tempat lain hampir 2 3 ribu. 


COMELNYA! Ok. Siapa yang nak bergambar dengan kucing kucing, boleh jugak. Harga sekeping gambar pun berpatutan. Untuk kenang kenangan kan. Bila lagi nak bergambar dengan kucing lawa lawa ni oooii.


Ini details 

Lokasi : Kompleks PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tarikh : 23 - 25 Mei 2015

Jom datang beramai ramai ye!
Tag : TIPS KURUS
0 Komen untuk "PERTANDINGAN MEOW DI KOMPLEKS PKNS BANGI 23-24 MEI 2015"

Back To Top