Assalamualaikum
Bulan Januari 2014, ingat lagi masa tu tahun baru Cina. Irine lahir dekat Hospital KPJ Seremban. Seminggu awal dari tarikh yang ditargetkan. Hihi. Masa tu nak datang ke hospital sebab nak buat checkup biasa. Lepas doktor seluk, "ok, awak dah boleh masuk labor room" Masa tu aku spontan jawab "tapi dok, saya tak sedia lagi" Hehe geli hati ingat balik ayat spontan yang keluar dari mulut. Sebenarnya bukan tak buat persediaan, tapi cuak. Anak pertama la katakan.
Sebut pasal persediaan. Meh nak share tentang apa persediaan yang suami perlu tahu sebelum korang sambut kelahiran anak korang. Lagi lagi anak pertama.
1. TAHU KEPERLUAN ISTERI
Masa si isteri dah dibawa ke labor room, pasti kan korang si suami ni, bersedia dengan segala keperluan isteri sepanjang berada di dalam labor room tu nanti. Dulu, PP Epal balik rumah dulu untuk bawak semua keperluan aku macam bag baju, kain batik, pendek kata, semua keperluan yang dirasakan perlu disediakan in case apa apa kan..
2. KURANGKAN SAKIT KONTRAKSI ISTERI
Masa si isteri berhadapan dengan sakit kontraksi, suami kena mainkan peranan. Orang kata, sakit kontraksi ni lagi sakit dari masa nak bersalin tu. Yup aku pun setuju. Tapi alhamdulillah aku start rasa sakit kontraksi tu bila doktor pecahkan air ketuban. Masa tu PP EPal la yang ada kat sebelah pegang tangan aku kuat kuat. tak berganjak pun. Time nak solat je dia keluar kejap. Lepas tu masuk balik duduk sebelah isterinya ni hehe
3. BUAT KEPUTUSAN TEPAT.
Ketika isteri sakit nak bersalin, si suami kena bersedia untuk buat apa je keputusan dengan tepat. Sebab masa ni, isteri memang tak dapat nak bagi pandangan ke apa ke. Jadi korang kena sentiasa bersedia untuk buat keputusan in case ada situasi yang perlukan korang untuk beri keputusan tu segera!
4. PENUHI KEMAHUAN ISTERI DI WAD
Walaupun ramai je yang datang melawat, tapi korang kena faham ye encik encik suami sekalian, si isteri cuma nak korang je masa ni. Jadi, cuba penuhi segala kemahuan isteri ketika di wad. Kalau isteri tiba tiba teringin nak minum air ke apa ke, dia nak korang yang sediakan bukan orang lain. Sama la macam aku dulu, even mak sendiri datang pun, aku tetap nak suami jugak yang bagi aku minum. haha. nampak tak. bila lagi nak dera suami ye dok?
5. SABAR MENUNGGU
Ada isteri yang terpaksa menahan sakit kontraksi tu berjam jam. Ada yang sampai esoknya baru bersalin. So suami kena sabar menunggu. Jangan kalut kalut tanya nurse, tanya doktor, tanya isteri bila nak keluar anak tu. Bawak bertenang. Sebab korang akan buat isteri jadi kalut jugak. So be cool ok.
Jom tengok perkongsian mama ni semasa berpantang anak kedua. Tiada lagi termenung dalam tandas, tiada lagi memakai baju sejuk.
Semoga ibu-ibu juga sentiasa sihat dan tidak stress semasa berpantang ye. Susukanlah baby secara exclusive =)
Apa pun, kenangan manis aku lahirkan Irine dulu memang tak dapat dilupakan. Alhamdulillah, allah permudahkan proses bersalin. Masuk labor room pukul 11 pagi. Pukul 2 baru start rasa sakit kontraksi, pukul 4 doktor pecahkan air ketuban. Pukul 5 selesai bersalin. Masyallah. Happy :)
ismaliza@pknsre.com
FB Personal : Isma Lyeza
FB Fanpage Shop : Rahsia Kurus Dan Langsing
Instagram : Aish Elis
FB Personal : Isma Lyeza
FB Fanpage Shop : Rahsia Kurus Dan Langsing
Instagram : Aish Elis
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon