5 CARA URUS SUSU PERAHAN KETIKA KERJA LUAR

Assalamualaikum

Aku ingat lagi, masa aku kerja dekat Petaling Jaya, berulang dari Seremban, memang perjalanan yang sangat jauh. Lagi lagi aku travel naik bas, turun dekat Pasar Seni, ambik LRT menuju ke Taman Jaya dan ambik teksi ke pejabat. Gila kan? Dah rasa macam sama dengan orang yang kena kerja luar sebulan sekali tapi aku hari hari! Lepas tu dengan gendong beg susu lagi. Sebab nak pastikan dekat pejabat, sempat uruskan susu perahan untuk Irine!


Hasil bacaan aku dalam majalah PA&MA bulan lepas, ada sentuh tentang 5 cara asas untuk uruskan susu perahan ketika kerja luar. Mungkin boleh dijadikan panduan paling asas untuk ibu ibu muda yang tak tahu apa apa tentang cara untuk uruskan susu perahan. Check it out! 

CARA URUS SUSU PERAHAN KETIKA KERJA LUAR

1. Sebelum kerja luar kawasan, sahkan sama ada bilik korang dilengkapi dengan peti sejuk yang mempunyai ruang beku atau sebaliknya. Kalau takde, maybe susah sikit la. Sebab kalau ada, at least korang boleh stanby ICE GEL yang dah beku, dan simpan dalam beg pendingin atau cooler beg tu.

2. Bawa bersama kotak polistirena dan satu kilogram garam kasar yang akan digunakan untuk menyimpan stok perahan susu ibu sewaktu pulang dari tempat kerja luar kawasan.



Mommy ni kongsikan tips yang sangat berguna untuk tambah susu badan. Alhamdulillah memang aku praktik dulu. Cuba lah!


3. Dalam perjalanan sama ada menaiki pesawat atau kenderaan darat, perah susu seperti biasa. Jangan tunggu sehingga payudara penuh atau bengkak. Ni ada pengalaman kawan aku sendiri yang berkongsi dengan aku sebelum dia beli SET BANYAKKAN SUSU IBU SHAKLEE dari aku haritu. Dia jenis malas nak perah selalu. Kadang kadang dah bengkak baru terkial kial nak perah. Lastly korang tahu apa jadi? Susu tu terus merajuk nak keluar lagi. Terus stop! Sebab tak ada demand. Maksudnya bila kita tak perah, hormon hantar signal ke otak mengatakan yang kita taknak susu tu. Sebab tu otak suruh hormon tu berhenti keluarkan susu. So elakkan dari tahan tahan untuk perah susu ye. Ada ke tak ada ke, perah gak. Jangan putus asa ye!

4. Stok susu yang diperah perlu disimpan di dalam beg pendingin. Bag itu mesti diletakkan di tempat yang terlindung dari panas matahari. Ni la beg yang aku angkut ke hulu ke hilir masa travel kerja jauh jauh dulu. Ala sekarang banyak cooler beg yang cantik dan comel comel. Nak bawak pun macam stylo je rasa. haks haks.

5. Sekiranya menaiki kenderaan darat, sebaik baiknya penghawa dingin dihalakan ke arah beg pendingin itu bagi memastikan suhu sejuknya terpelihara. Selalunya beg pendingin atau cooler beg tu kalau diisi dengan ice gel yang beku, susu yang kita letak dalam tu akan bertahan sampai 8jam sejuknya! 


KELEBIHAN DAN FADHILAT MENYUSUKAN ANAK
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Ok selamat mencuba! Dan kalau korang nak cuba SET BANYAKKAN SUSU IBU SHAKLEE yang berkesan sesuai dengan korang yang kerap kerja luar sampai susu pun sikit lagi nak merudum, boleh la contact : 




Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
shaazzoo
AUTHOR
May 26, 2015 at 10:59 PM delete

Perkongsian yg bagus. Sbb x semua tahu cara2 nk urus susu. Trutama bagi ibu2 baru..

Singgah la sekali ke www.ceritaumiabi.com ye

Reply
avatar
shaazzoo
AUTHOR
May 26, 2015 at 10:59 PM delete

Perkongsian yg bagus. Sbb x semua tahu cara2 nk urus susu. Trutama bagi ibu2 baru..

Singgah la sekali ke www.ceritaumiabi.com ye

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...