5 PERSEDIAAN SAMBUT BULAN PUASA BAGI PASANGAN BARU BERKAHWIN

Assalamualaikum

Wahhh tak lama lagi nak tiba bulan Ramadhan. Bulan puasa penuh keberkatan. Alhamdulillah dah masuk tahun ketiga berpuasa dengan PP Epal. Tahun pertama berpuasa dalam keadaan tak bermaya sebab tengah morning sickness. Tahun kedua berpuasa masa Irine masih dalam bedung. Tahun ni insyallah berpuasa dengan Irine yang dah pandai berlari. Cepatnya masa berlalu kan? 



Untuk pasangan yang baru berkahwin, meh sini aku nak kongsi tips tips persediaan untuk korang sambut bulan puasa dengan pasangan. Check it out!

1. KEJUT SUAMI BANGUN SAHUR
Zaman bercinta dulu, kredit telefon mesti kering kontang sebab tiap kali call si dia untuk bangun sahur, mesti tak angkat sampai masuk voicemail. Sabar jela. Sekarang bila dah kahwin, dah ada dekat sebelah katil, kalau susah jugak nak kejut bangun sahur, senang je caranya. Korang ikut la tips dekat bawah ni. Hehe




2. MASAK MAKANAN KEGEMARAN SUAMI KETIKA BERBUKA 
Kalau suami suka makan belacan, jangan la goreng sayur tak letak belacan. Kikikiki. Selalunya untuk pasangan baru berkahwin ni, persediaan yang isteri kena take note, adalah masak untuk suami. Jangan la asyik ajak suami pergi bazaar je kan? Sebab kalau korang pasangan yang dah lama berkahwin tu takpela nak malas masak. Sebab masa tu mesti suami pun dah boring dengan masakan kita. (sabar jela) Tapi kalau yang baru kahwin tu, time ni la suami nak rasa berbuka puasa dengan masakan isteri, auch..

3. AJAK SUAMI TERAWIH
Tak semestinya kena ikut suami pergi surau terawih. tapi kalau kita ni yang kaum kaum perempuan ni tak larat nak ke surau atau masjid, ajaklah suami terawih sama sama dekat rumah. Ala korangkan baru kahwin. Terawih sama sama kan best. :)


   
Tibe tibe teringat makcik ni. Puasa masa hamil tak lunyai pun. So untuk yang baru kahwin, mesti la segar bugar kan?


4. BUKA PUASA DENGAN KELUARGA MERTUA
Walaupun satu dunia dah tahu korang ni baru berkahwin, idok lah sampai nak berdua duaan dekat rumah, daripada sahur sampai ke buka puasa, berdua je. Kena la bersedia untuk join aktiviti berbuka puasa dengan keluarga belah mertua atau kawan kawan pasangan kita.

 =====================================================================
=====================================================================

5. KAWAL NAFSU. OPSSS
Haha. Yang terakhir adalah persediaan untuk mengawal nafsu. Adoi. Malas nak taip lebih lebih. Malu pulak rasanya. Sebab tu orang tua tua kata, nak nikah, lepaskan bulan puasa dulu. Nikah la time raya ke kan. Sebab kalau nikah sebelum bulan puasa, korang jangan terkam menerkam tiap tiap hari. Naya bayar penalty kalau tak puasa esoknya tau! 

Ok bye!

Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :