Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar tentang kasih sayang.
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak cari seorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik bawa ke kelas.
Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih.
Pelajar : Tadi masa saya berjalan saya carilah rumput yang paling cantik. Memang banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang lagi, maka tiadalah rumput yang boleh saya petik.
cikgu : Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang di depan kita dengan sebaik baiknya. Jangan kita menoleh lagi ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang, itulah yang paling cantik dan yang paling baik.Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang paling cantik dan baik seperti rumput tadi....
1 komen:
Write komensweet :) betul, kyuubi pun stuju... :D
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon