Ayuh Buka Hati untuk dia!


Mencari cinta memang senang. Bak kata orang, menyukai seseorang hanya memerlukan satu hari. Tapi untuk melupakan seseorang mungkin berhari, berbulan-bulan.Bertahun-tahun mungkin!





Menjaga hubungan itu mungkin lebih sukar dari apa yang kita sangkakan. Tak mudah. Sumpah tak tipu. Kita hanya mampu merancang. Tuhan menentukan segalanya. Yang penting, saya percaya pada tiga perkara ini. 
Setia, Bertanggungjawab, Memahami.
Cukup untuk menjamin hubungan ke akhir hayat selagi ada jodoh. Insyallah.





Lebih-lebih lagi hubungan jarak jauh. 90% lelaki tidak berjaya dalam hubungan jarak jauh. Rindu mungkin. Tapi si dia jauh dari pandangan mata. Mana mungkin mereka sanggup butakan mata, pekakkan telinga dari cubaan-cubaan luar yang bisa menggelodak hati naluri lelaki mereka. Kaum wanita awas! Anda bisa jadi penggoda bila-bila masa...
Jauhkan diri dari mereka yang sudah berpasangan. 





Sebab itu, berseorangan dari ditemani siapa-siapa mungkin sudah lali bagi diri saya. Saya tak nak dibuli lagi oleh kaum lelaki. Saya taknak hati saya mereka lukai dengan semudah-mudahnya. Disanjung penuh riak sebelum memenangi hati saya. Dan bisa dipijak-pijak selepas hati saya mereka perolehi. Ah..Setan rasanya.






Tapi jauh di sudut hati ini, saya masih berpeluang merasa bahagia. Saya tahu Tuhan sayangkan saya. Terima kasih si dia... :) 


Love Sneakers Pictures, Images and Photos 

Saya tak suka jalan kaki pakai sebelah kasut je. Rasa macam tak sempurna. Macam tu gak saya dengan awak. Saya taknak hilang awak. Kita jalan sama-sama boleh? Bukankah manusia hidup saling menyempurnakan satu sama lain?


Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...