Berakhir sudah bulan Ramadhan yang mulia. Terasa sangat sekejap masa itu berlalu. Pantas. Masih terngiang-ngiang lagi ucapan pengumuman puasa pada malam itu. Masih terbayang-bayang lagi wajah pakcik yang ditunggu-tunggu setiap tahun tu. Dan esok Ramadhan berlalu diganti pula oleh Syawal.
Entry kali ini aku nak berkongsi mengenai Ramadhan tahun ini yang membawa seribu erti dan rahmat bagi aku. Juga pada keluargaku. Alhamdulillah, murah rezekiku dan keluarga. Syukur teramat. Dan kami diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa kali ini. Cuma aku kadang-kadang mengalami sakit buah pinggang. Walau apa jua sekali pun, puasa tetap diteruskan. Tiada alasan!
Perkara yang terjadi sepanjang bulan Ramadhan ini, aku jadikan ia sebagai sehelai lagi mukasurat dalam buku pengalamanku. Dan sinopsisnya akan ku jadikan pengajaran untuk aku menjadi lebih tabah.
Ketiadaan dia dalam keluargaku, mengurangkan sedikit kemeriahan Ramadhan kali ini. Benar. Isteri yang taat adalah isteri yang sentiasa bersama suami ke mana saja pergi. Dan dia ikut perintah itu. Ditinggalkan keluarga tercinta dan membiarkan dirinya menyambut raya di perantauan membuat aku kagum. Aku sendiri tidak bersedia untuk berjauhan dari keluarga tatkala Syawal menjelma. Hiba dan sedih rasanya. Itulah pengorbanan kakak ku..Semoga kamu sihat di sana!
ni my sis (bertudung tu)..dia takde for 3 years..huhu..ikut suami ke Switzerland
Persiapan raya tahun ini agak berlainan. Jika dulu, persiapan disediakan oleh kakakku yang sulong. Tapi tahun ini selepas dia berkahwin, tanggungjawab itu diturunkan pada aku. Kerana aku sudah bekerja tahun ini. Jadi Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan ini makin mencurah-curah. Dan aku tidak lokek untuk membelanjakannya untuk persiapan raya di rumah.
Jika pada tahun lepas, ramai juga adik beradik yang tolong mengemas rumah. Tapi tahun ini memang berlainan. Ketara. Segala kerja dilakukan oleh aku seorang dan dibantu sedikit oleh ibu dan ayah. Apa sangat kudrat mereka yang berumur 60 tahun itu. Agak penat apabila aku berseorangan mengemas rumah. Tapi apakan daya. Kemeriahan Ramadhan tetap dirasai!
Okay lah. Kepada yang memandu di jalan raya untuk pulang ke kampung, hati-hati. Coffee break kalau mengantuk okay..ingatlah yang tersayang. tata
1 komen:
Write komenBlog www.hazmanfadzil.com ada buat giveaway. Kepada visitor untuk TIGA hari raya berturut-turut:
ReplyRAYA PERTAMA – 5 pengomen pertama dapat duit raya RM XX
RAYA KEDUA – 5 pengomen pertama dapat voucher JUSCO
RAYA KETIGA – 5 pengomen pertama dapat voucher JUSCO
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon