Jika saya boleh putar masa...

Jika saya boleh putar masa..saya teringin nak kembali ke zaman persekolahan. Masa saya darjah 1. Saya tak pernah fikir masalah. Dan saya tak tahu apa itu masalah. 



Jika saya boleh putar masa..saya tidak akan ingin untuk cuba merosakkan diri saya. Saya tidak akan menelan panadol kerana putus cinta. Dan saya tak akan menderita sakit buah pinggang pada hari ini.


Jika saya boleh putar masa..saya akan pastikan saya menjadi seorang yang lebih baik dari sekarang. Saya tidak akan terikut-ikut dengan cara hidup masa zaman saya di universiti dulu. Saya tersilap pilih kawan. Mujur saya tersedar. 


Jika saya boleh putar masa..saya mesti dah ada anak 3 sekarang dan mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia. Kerana ketidak seriusan saya pada kekasih pertama saya, saya tinggalkan dia begitu saja. Dia baik. 





Tapi..itu sekiranya saya boleh putarkan masa kembali ke masa lampau. Tapi saya tak boleh buat semua itu. Saya kena belajar untuk terima hakikat yang masa tidak akan menunggu kita. Setiap masa yang berlalu meninggalkan walaupun satu saat, amat lah berharga. Hari ini umur saya 24 tahun. Saya tidak akan kekal 24 tahun pada tahun depan. Masa akan mengizinkan saya untuk melangkah ke umur 25 tahun. 



Walaupun umur itu hanya lah pada angka, dan belum pasti menjanjikan cara seseorang itu berfikir, tapi saya bersyukur kerana pada umur saya sekarang, macam-macam pengalaman yang saya tempuhi. Terutamanya dalam perhubungan. Tidak kira lah hubungan percintaan atau hubungan persahabatan. 


Setiap kali saya masuk kelas..saya bukan sahaja mengajar mereka Sejarah dan Sivik..Tapi saya juga sentiasa bercerita mengenai pengalaman saya supaya mereka mengambil pengajaran dan tidak melakukan kesilapan yang sama seperti saya. 






Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
Anati Esa
AUTHOR
September 5, 2010 at 6:44 PM delete

pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan berjaya :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 5, 2010 at 6:59 PM delete

ye btul...walaupun pahit..kene telan juga...kerana yg pahit itu adalah ubat..:)

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...