LANGKAH LANGKAH KIRA, BAYAR DAN SEMAK ZAKAT PENDAPATAN MELALUI ONLINE

Assalamualaikum

Rasanya ramai yang masih tak tahu lagi tentang hukum bayar zakat selain zakat fitrah masa hari raya. Lagi lagi orang perempuan. Sebab zakat fitrah selalunya ayah (kalau belum kahwin) atau suami yang bayarkan zakat fitrah mereka. Tapi selain zakat fitrah, banyak lagi zakat yang wajib kita bayar. Antaranya zakat pendapatan dan zakat perniagaan

Contoh kalau korang bekerja dan dalam masa sama, buat perniagaan online, silalah bayar zakat. Tak tahu berapa kena bayar? Tak tahu macam mana cara paling mudah? Jom aku ajarkan. Senang je. Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat untuk korang ye

 Visit : https://www.zakat2u.com.my/


Langkah 1 : Visit website tu dan sila daftar pengguna bagi yang belum mendaftar. Yang dah mendaftar dah boleh terus login. 




 Langkah 2 : Nak mendaftar tak susah. Cuma masukkan details pengenalan diri. Ikut je arahan. 




Langkah 3 : Bila dah daftar, korang boleh godek godek apa yang ada dalam website tu. Zakat ada beberapa jenis. Yang utama Zakat pendapatan dan perniagaan macam yang aku cakap tu. Kalau korang ada simpan barang kemas, tak guna, wajb bayar zakat tau! So kali ni aku nak ajar contoh kira zakat pendapatan.

CARA KIRA, BAYAR DAN SEMAK

Langkah 1 : Senang je. First sekali sebelum decide nak bayar zakat pendapatan atau apa juga jenis zakat, kena la taksir dulu berapa. So korang click dekat bahagian TAKSIR dan pilih la Zakat pendapatan contohnya.




Nak taksir senang je. Masukkan jenis kiraan korang. Korang nak zakat tu dikira dari pendapatan sebelum tolakan ke atau selepas tolakan. Macam lelaki mungkin ada tolakan dia. Kena kira tanggungan berapa. Ada isteri dan anak, tu pun jenis tanggungan. Tapi kalau takde apa apa tanggungan, pilih la jenis tanpa tolakan. Lepas tu sistem akan auto kirakan berapa jumlah zakat sebulan yang perlu kita bayar. So contoh gaji RM2800, zakat bulanan pendapatan cuma RM70 je. Tak mahal kan?


Langkah 2 : Lepas dah taksir berapa zakat perlu bayar, korang click pulak BAYAR. Ada 3 jenis cara pembayaran Tapi buat korang yang selesa nak bayar guna Maybank2u ke Cimb Click ke, boleh la pilih Pembayaran melalui FPX. Ikut je arahan. Senang ok. 




Langkah 3 : Lepas tu, sebelum korang confirmkan pembayaran, sistem akan keluarkan ni. Korang baca la niat ni. Baca kuat kuat ke atau baca dalam hati pun boleh. hehe. Niat dulu sebelum bayar zakat. Lepas tu selesailah tanggungjawab korang untuk bayar Zakat Pendapatan. Langkah ni sama je macam nak bayar zakat zakat lain. 

Macam aku, aku ada buat perniagaan online. Biznes Shaklee yang tiap tiap bulan dapat bonus dan berbeza jumlahnya. So tiap tiap bulan lepas dapat keuntungan dari perniagaan tu, taksir la ikut step tadi untuk tahu berapa jumlah zakat perlu bayar. Senang kan?

Zakat ni kita boleh umpamakan macam proses kita mencantas pokok. Masa kecil saya di kampung, ayah dan mak saya selalu memangkas pokok-pokok buah-buahan dan bunga di sekitar tujuan. Bila kita potong dahan pokok-pokok ni, ia akan nampak gondol dan pelik. Tapi hasilnya, pokok-pokok ni akan jadi lebih subur, rimbun dan rendang. Macam itulah bila kita berzakat. Kita keluarkan harta kita, tapi in return kita akan dapat lebih daripada apa yang kita keluarkan. Ia menyuburkan harta kita, menjadikannya lebih merimbun.

Semoga amalan kita ni akan jadikan rezeki kita bertambah murah hendaknya. Amin :) 


Previous
Next Post »

6 komen

Write komen
Sheila Adziz
AUTHOR
January 4, 2016 at 3:20 PM delete

bagus juga online ni... akak potong gaji tiap bulan

Reply
avatar
SH
AUTHOR
January 4, 2016 at 5:37 PM delete

Subhanallah Info Berguna..Terima Kasih :)

shafiqhashim.blogspot.my

Reply
avatar
Bicara Hatiku
AUTHOR
January 5, 2016 at 10:26 AM delete

alhamdulillah info sgt berguna...tq

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 13, 2016 at 12:13 PM delete

@shiela Adziz ohh yeke.Sya pun nak buat potong gaji gak. Senang kan?

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...