PRODUK REVIEW : CC CREAM PINK FLOWER COMPLEX UNTUK CANTIK MACAM GADIS KOREA

Assalamualaikum


Kali ni nak review sikit tentang CC Cream Pink Flower yang aku beli dekat Watson. Actually selama hidup ni memang tak pernah nak cuba pakai CC Cream. Sebab bila tiap kali try mesti rasa macam tebal, lepas tu kulit nampak macam pelakon opera. Huhu. So terus rasa macam taknak pakai CC Cream ke DD Cream ke or wateva. 

Tapi lain pulak dengan CC Cream Pink Flower Complex ni. First aku tertarik dengan luaran dia. Haha. Ok lepas tu bila try sapu pada kulit, eh ada ke takde ni? ha macam tu. Then aku pun berani mati beli satu sebab dah terpikat dengan produk dari Korea ni. Balik rumah tak sabar sabar terus cuci muka, apply toner, moistriser siap bagai. Then apply CC Cream ni. 

Sapuan yang agak rata dan nipis. Aku ambik jenis warna Natural. Warna Ivory dah habis. Tapi takpe, natural pun ok. Sangat okay. Masa sapuan ke muka, dia agak rata dan licin. Tona kulit tak sekata jadi sekata terus! Kesan kesan parut pun tak nampak sangat. Okay puas hati. Then aku nak tunggu after 4jam pakai. Adakah kulit aku jadi bercapuk? Berminyak? Atau apa jadi sebenarnya nanti. hehe

After 4 hours, aku keluar rumah, means outdoor la kan, peluh peluh, CC Cream yang aku apply tadi dia macam sebati dengan kulit. Nampak sangat sangat best, kulit nampak flawless dan licin. Actually kalau kita tak apply compact powder, memang akan sedikit berminyak tapi aku jenis yang guna compact powder, so dia balance kan minyak tu. Arghh best gile!

Nampak tak dekat bahagian pipi. Nampak lembap licin berkilat. Flawless gitu. huhu

So ini details tentang CC Cream Pink Flower Complex yang aku guna. Diperbuat untuk wanita asia menggunakan teknologi terbaru Korea. Boleh tutup dark circle, sekatakan warna kulit, cover jerawat, dan tutup cela. Paling penting, dia ringan, tak tebal dan tak bercapuk. Best :) 


Ok. Sekian review dari saya. hehe. Pergilah ke Watson dan dapatkan CC Cream Pink Flower Complex dengan harga yang amat murah cuma RM40+ je :) Bye!
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...