BAWAK IRINE MASUK ZOO MELAKA

Assalamualaikum

Semalam cakap dekat hubby, awak jom kita pergi zoo bawak Irine. Mula mula dia kata bukan dah pergi ke haritu? Emmm ala tu haritu. Sekarang Irine dah 2 tahun. Aritu dia baru boleh berjalan. Sekarang dia dah faham, dah keletah, mesti dia suka pergi zoo. hehehe ada je jawapan aku. Sebab nak bawak Irine punya pasal. Lagipun duduk rumah bosan jugak. 

Tengok betapa eksaitednya wajah Irine bila mamanya nak bawak pergi Zoo. Sampai taknak tidur dalam kereta asyik tanya pah mana pah. Zirafah dipanggilnya pah. :D 

Ok dah sampai! Tiket masuk kali ni dewasa RM17. Takpela aku tak kisah sangat bayar lebih sebab duit tu jugak la nak beli makan minum binatang dalam tu. :)


Ini adalah tapir. Actually bila pergi zoo, aku suka tengok bintang yang jarang tengok, yang besar besar, yang montel montel macam tapir ni. Tapi kalau dia bergerak lagi aku suka. Since tapir ni agak pemalas, so aku tengok kejap je pastu blah tengok binatang lain pulak huhuh

Cuaca alhamdulillah, tak hujan, tak mendung dan tak panas. Redup berangin je. So tak la penat sangat kau nak tawaf satu zoo tu. Cuma bila berangin, dan lalu bahagian lembu ke kambing ke, stanby la tutup hidung sebab aroma nya agak kuat. hehe tapi okay je. Nak wangi wangi pergi shopping mall la kan? what u expect pergi zoo nak bau wangi? 

Dah sampai tempat zirafah! Tak sah la pergi zoo kalau tak tengok zirafah! Ada tiga ekor je. Tak bosan ke kak pah ni duk 3 beranak je? Zoo ni pun letak la banyak sikit..baru meriah. Baru la best. hehe. Ayah siap belikan Irine teropong lagi. Konfuse jap apa yang dia nak teropong kalau pah tu dah besar depan mata. Kutu pah kot dia nak tengok. hehehe. 



Teropong jangan tak teropong. Zirafah tu kan ke halus!!! :D

Ok ini memang kebetulan. Masa aku lalu bahagian harimau, harimau yang sihat gemuk ni tengah dating la pulak. Yang si jantan asyik manja manja je dengan si betina. Aiii menyampahh pulak aku hahaha. Kenapa la time ni pulak dorang dua ekor ni nak beromen? Kan ke aku bawak budak bawah umur ni. Haishh 

Dalam map yang dorang bagi masa nak masuk zoo tadi, acara bagi gajah makan pukul 2.30 petang. Jadi memang ngam ngam sampai tempat gajah ni 2.20 petang. Dapatlah tengok gajah dekat dekat, siap bagi makan lagi. Ada 3 ekor. Yang bapaknya 40tahun. Yang maknya 10 tahun, yang anaknya 8 tahun. Jap, maknanya ayah dia kawin dengan bini muda yang jauh muda dari dia, pastu anak dia umur 8 tahun dah nak sebaya maknya? ok sumpah tak faham. mungkin ni mak lain, anak lain, bapak lain kot. hahaha

Yeaaa irine dah mula cuak sebab dekat dengan gajah tu. Ingat berani sangat tadi kan haha. Terserlah muka cuak. Tapi irine cuak kejap je, pastu dia okay berani je dekat dengan belalai gajah tu. 


Makanan gajah ni dah disediakan untuk pengunjung beli. Sebungkus RM5. Dalam tu ada tebu, dengan roti. Tak yah takut. Belalai ni tak kena kat tangan kita pun. Cuma kalau lambat bagi, air liur dia akan meleleh sikit la. Yela..macam kita jugak nampak makanan sedap, tak sedar air liur ketepi. hihi

Ok jom kita masuk taman mini safari. 

 Poyo kan mama dan ayah Irine :)

Kalau redup, seronok je jalan masuk dalam taman mini safari ni. 



Dekat Taman Mini Safari, ada rusa dengan kuda belang. Dan zirafah. Maybe pasni zoo melaka boleh tambah dan improve binatang2 dekat safari ni. Real safari tak ada 3 jenis binantang je tau! hehe

Dah lah Irine, mama dah penat 4 jam merayau dalam Zoo. Nasib baik mama stanby minum Cinch Tea yang boleh bagi badan bertenang lagi lagi kalau ada aktiviti outdoor macam ni. Cinch Tea penyelamat kita semua. haha. Yela bayangkan kalau mama tak minum Cinch Tea, mama penat, dengan ayah, dnegan Irine sekali mama taknak layan tau!

Ok. Jom kita keluar dari Zoo ni, sebab bila tengok gajah makan tadi, rasa lapar pulak. Isk isk. Pasni nak singgah beli belacan, (mak mak sangat kan?) pastu makan Coconut Shake Klebang, dan terus balik. Bye!

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
January 4, 2016 at 3:56 PM delete

saya rasa zoo melaka ni bahaya sikit.. pagar rendah.. pastu keselamatan dia fragile sangat. pergi sekali dah ta berani nk pergi dah.. dok fikir kalau la beruang ke rinau terlepas x tau mana nak lari 😁😁😁😁😁😁😁... sbb security zone dia semua berkunci.... 😁😁...

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...