PERCAYA ATAU TAK MAMA CUCI ANGGUR IRINE PAKAI SABUN?

Assalamualaikum

Irine suka makan anggur. Kalau bagi sebekas tu, memang habis, lagi lagi kudap masa time tengah tengok kartun. So buah anggur memang antara buah buahan yang aku kerap beli dekat Mydin atau Giant. Masa beli tu, memang geram dengan bentuk, warna anggur tu. Keras semacam. Nampak segar aje. Tak boleh imagine macam mana buah yang diimport dari luar negara, yang makan masa berbulan bulan untuk sampai ke Malaysia boleh nampak segar dan tak lembik. Jawapannya adalah : WAX!

Nampak tak debu debu putih yang menyaluti anggur dekat atas tapak tangan aku yang 3 biji belah kanan tu? 

Keadaan buah anggur yang seolah-olah berdebu...rupanya putih-putih di permukaan anggur itu dah pon disembur dengan wax.. wax atau lilin tersebut dikatakan bertujuan sebagai pengawet agar buah-buahan import ini tahan lama dan tak cepat rosak. 

So apa yang aku buat setiap kali beli buah anggur untuk Irine? Aku akan cuci dengan Basic H untuk tanggalkan lapisan WAX yang berbahaya tu. Bukan WAX je, malah apa apa jenis racun perosak atau bahan kimia lain yang dah disembur pada buah tu, akan hilang lepas cuci dengan Basic H. Jom aku ajarkan macam mana caranya.


 Cara mencuci anggur dengan Basic H


 1. Ambil sebiji bekas kosong yang bersih dan sudah diisi air. Titiskan beberapa titik Basic H. Dan masukkan buah anggur dalam bekas tersebut. 

Basic H bukan sabun sebarangan tau! Dia tanpa bahan kimia, tanpa toksik, dibuat daripada ramuan semulajadi iaitu ekstrak jagung dan kelapa. Sebab tu selamat kalau nak cuci buah buahan :)


2. Gosok perlahan lahan setiap biji anggur tersebut untuk menanggalkan lapisan WAX dan bahan kimia lain. Lepas tu bilas dengan air yang mengalir. 
 Sebelum dan selepas cuci anggur dengan Basic H

Amazing beb! Sebelum, anggur tu memang nampak kerassss dan berdebu. Lepas cuci, buah tu jadi lebih lembut, dan hilang debu. Basuh dengan air biasa pun tak boleh nak hilangkan debu debu ni tau! Sebab dia WAX! Tapi bila basuh dengan Basic H, memang anggur tu jadi fresh dan segar semulajadi macam baru semalam petik. 

Tapi lepas cuci, make sure korang makan anggur tu cepat cepat. Kalau nak simpan pun, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Paling lama pun tahan dalam 4 5 hari. Lepas tu kesegaran dia dah kurang. Berbeza kalau tak bersihkan salutan WAX tu, Memang anggur akan tahan lama dalam peti ais. Mungkin seminggu atau mungkin 2 minggu. Tapi korang nak ke makan anggur yang berWAX? 

Untuk Irine, NEVER! Mama akan pastikan apa saja makanan untuk Irine adalah yang terbaik. Hehe. Selamat mencuba semua! 

Dapatkan sebotol Basic H harini :)

http://getmedean.blogspot.com/2015/06/pembelian-supplemen-shaklee-melalui-4.html
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...