Assalamualaikum
Tiap kali keluar rumah, tak kira la pergi Jusco yang dekat tu ke, atau perjalanan ke mana mana jela, benda paling utama nak organize adalah barang barang Irine. Adoi budak 2 tahun ni kan, memang tau! Dah tak ada masa mamanya nak makeup makeup bagai. Paling penting, nak keluar rumah, benda benda ni semua mesti kena siap. Termasuk makanan kudapan. Sebab budak kecik ni kalau dalam kereta, dia suka mengudap. Perut kenyang hati senang bak orang tua tua kata kan? Takde la meragam je.
Ni barang paling basic yang wajib aku organize setiap kali nak keluar rumah. Barang ni nanti aku sumbat semua dalam satu backpack yang sederhana sizenya supaya senang aku nak bawak ke mana mana.
1. Pampers dan Wet Tissue
Ni paling penting. Pernah satu hari tu, lupa pulak bawak pampers, terpaksa beli pampers yang 3 keping tu dekat 7Eleven. So sebelum nak ke mana mana, even pergi dekat dekat sekali pun, bawak la pampers dan Wet Tissue. Comot comot kang senang lap dengan wet tissue tu je.
2. Botol susu
Stanby satu botol susu sekali dengan susu compartment dan mini thermos tu sekali. Depends pada anak korang kerap minum susu atau tak. Kalau kerap, bawak la dua botol susu. Kalau tak kerap, bawak la satu je. In case terlebih lak dia minum nanti, just basuh jela botol tu. Selain susu, Irine memang suka minum Ribena. So aku dah siap siap bancuh dan simpan dalam fridge sebotol Ribena dalam botol Avent tu. Bila nak keluar, bawak je botol tu.
3. Makanan kudapan
Irine suka mengunyah. Setiap masa dia perlukan makanan kudapan. Tak tahu ikut perangai siapa suka mengudap ni. Mengudap memang jadi hobi masa lapang Irine. Haha. Janji perut kenyang komfom tak meragam. So tiap kali keluar aku akan organize roti, dan sedikit cereal dalam tupperware mini macam ni. Aku suka jenama Tupperware sebab makanan yang kita simpan elok tak masuk angin. Bekas dia sangat kedap udara. Pastu ada macam macam warna yang cantik cantik. Geram. hehe. Dan tak lupa jugak sumbat sekali sebotol Vitamin C Chewable Shaklee untuk anak anak. Irine suka kunyah vitamin C sebab tu dia jarang demam! hehe (nak order Vitamin untuk anak anak : SINI)
4 botol warna warni ni aku beli dekat Ikea je. Senang nak simpan semua jenis liquid item macam sabun pencuci botol susu, sabun dan shampoo, dan jugak lotion. Nampak lagi kemas. Tapi sat g aku kena label botol tu. Kang terbasuh botol susu pakai lotion pulak kang. hehe
Pencuci botol susu yang terbaik abad ini, paling aku suka pakai dari dulu sampai saekarang, BASIC H. Sebab kalau botol tu ada kerak susu, senang nak cuci, bersih dan bau hilang. Jimat pun jimat. Sebotol tahan lebih 3 bulan :)
Ok. Dah siap! Lengkap tak? Ni untuk perjalanan yang dekat dan sederhana jauh. Tapi kalau travel oversea, lain citer okay! Hehe. Yang penting, bila keluar rumah, senang nak capai semua benda sebab dah organize baik baik dalam backpack. Semua ada. Paling penting, bila dah organize macam ni, tak perlu bawak barang yang tak penting, dan dalam kuantiti banyak. Sebab nanti akan memenuhkan backpack korang tu. Berat siapa nak bawak? Ayahnya jugak. So bila dah organize barang barang penting macam ni, mudah je nak pergi mana mana sekali pun.
So selamat berhujung minggu semua! Bye
2 komen
Write komenBarang2 bayi mmg campak dlm 1 beg...
Reply@qaseh Suhaida
ReplyTu la, tapi dulu sy jenis tak reti nak organize.hahaha yela baru anak 1..tp lama2 belajar sikit2 mana yg peting kena bwk mana yang tak..
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon