MINUMAN MANIS ATAU MINUMAN BERAIS YANG JADI PUNCA GEMUK?

Assalamualaikum

Minuman bergas vs minuman berais. Agak agak mana satu yang buat kita gemuks? Ya pakcik pakcik dan makcik sekalian sila jangan berkerut terlebih lebih. Jawab dengan tenang. haha


MINUMAN BERAIS
Minuman berais cotntoh macam air sejuk yang baru keluar peti. Air sirap sejuk, air milo ais, teh ais, dan pelbagai minuman berais lagi memang jadi pilihan setiap kali kalau kita makan luar. Lagi lagi bulan puasa, tak dapat bayangkan berapa gelen air sejuk yang kita nak telan masa berbuka. hihi. Lepas tu ada rumors kata minum ais punca obesiti. Yeaa..sampai aku pun pernah terkena tempias kena kutuk sebab suka minum air sejuk hehe. Rileks la. Bukan ais tu yang buat kita gemuk tapi sebenarnya kandungan gula dalam air tu yang buat kita gemuk. 



So mungkin ada betulnya minuman berais tak buat kita gemuk, sebab memang ikut logik, ais tu asalnya dari air. Dan air pulak manede kalori! So tak ada masalah la kalau nak minum air sejuk kan? Sebelum tu, kalau rasa nak tips bakar kalori, klik sini : 
Macam mana pulak minuman tu berais, tapi dalam masa yang sama, MANIS. haa jom terjah pasal air yang manis. 



MINUMAN MANIS 
Siapa antara korang yang suka minum air yang manis macam teh ais, milo ais, slurpee sevel eleven, cendol pak karim..Sedapnyaa! Kalau pergi Kepci pulak, tak minum segelas Pepsi memang tak kepci la namanya. Ada orang diet konon tak nak ambik makanan berat, tapi bantai air manis bergelas gelas. Tu belum ajak lepak warung kopi lagi, pekena teh tarik yang maha manis. maha okay. Tak dapat bayangkan betapa manisnya. Kandungan gula yang berlebihan dalam badan, akan ditukar kepada lemak. So kalau korang bersenam macam mana pun, metabolisme dalam badan akan bakar gula berlebihan tu dulu baru bakar lemak. Sebab tu joging 10 round, tak kurus kurus heeee


So misi aku sekarang, dan mungkin boleh jadi misi korang korang semua yang nak turunkan berat badan dan taknak gemuk sebelum masanya (supaya pasangan korang tak gelakkan korang) kurangkan atau stop terus ambik minuman manis. Teringin sangat sangat pun, mungkin boleh la pekena seminggu sekali teh ais. Lain, belasah air mineral je okay. Bayangkan botol mineral yang kecik tu body korang. Kalau nak minum sangat air manis, tong air belakang rumah tu pun boleh untuk kita bayangkan. muahciket! 
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...