.

.

APA YANG MENARIK HATI KANAK KANAK PEREMPUAN BILA DATANG IKEA?

Assalamualaikum

Dah pergi Ikea Cheras? Mesti ramai yang dah pergi kan? Tapi kalau korang belum berkesempatan pergi lagi, aku rasa better hold dulu sebab masih ramaiiiii lagi umat manusia yang menyerang Ikea Cheras. Almaklumlah, tempat baru. Maybe 3 4 bulan lagi baru reda kot orang yang datang. Minggu lepas pergi Ikea Cheras, memang ramai. Isskk..dorang ni pergi la hari lain, hari yang aku nak datang jugak yang dorang nak mai. Huhu

Selalunya bila bawak Irine, port yang paling best untuk Irine adalah bahagian kanak kanak. Pelik la kalau dia suka bahagian living room pulak kan? hehe. Nak tahu apa yang paling Irine suka bila datang Ikea? Taraaaa

DUKTIG
Play kitchen, birch plywood, white


"Mama, ini hint untuk mama.."
Ok. Mengenangkan bulan Januari ni bulan kelahiran Irine, dia macam nak bagi hint hint dekat mama dan ayahnya untuk belikan dia kitchen ni. Aduii. Fenin kepala mama. Ini budak jangan macam macam. Harga benda alah ni RM388 tau! Bukan RM38.80. Huhu peluh2 tiak nak bayar. So disebabkan harganya nak mencecah macam beli sebiji sofa kecik, tunggu la dulu ye. Idokler mama nak belikan untuk irine sekarang sebab mama nak beli macam macam lagi yang lebih penting untuk bilik tidur baru Irine nanti. 

Tapi apa pun, tiap kali datang Ikea, Irine spend masanya dekat sini. Sel sel sedang berhubung katanya. Macam macam nak dimasaknya. Nak masak nasi goreng, nak masak ikan, nak masak ayam. Bila tanya nak masak untuk siapa, dia jawab nak masak untuk mama, untuk ayah, untuk kak long qai, untuk cousin2 yang lain siap sebut satu satu nama. Hantam sajalah labuuuu. 

Nampak tak kerajinan anak dara ni. Kemain lagi serius muka bajet sibuk dekat dapur. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Cewah. Mama sibuk macam ni ye Irine kalau masuk dapur? hehheehehe. Oklah. Semoga anak mama sorang ni akan jadi rajinnn ke dapur bila dah besar nanti ye. :) :D Bye!

P/S : Selamat tahun baru 2016! Bulan Januari promosi VIVIX tau. Untuk pasangan yang tengah berikhtiar nak dapatkan anak, ini lah masanya! Terjah SINI
0 Komen untuk "APA YANG MENARIK HATI KANAK KANAK PEREMPUAN BILA DATANG IKEA?"

Back To Top